Anda mungkin menganggap gambar di bawah sebagai sebuah lukisan yang dilukis oleh pelukis professional. Sebenarnya tidak. Gambar di bawah adalah fenomena alam semula jadi yang berjaya dirakam oleh seorang jurugambar di Gunung Everest.
Seorang jurugambar Ukraine, Anton Jankovoy merakamkan fenomena lingkaran cahaya bintang di kaki puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest.
Lingkaran cahaya bintang merupakan gelombang cahaya yang mengandungi pelbagai sebatian kimia termasuk helium dan hidrogen.
Jankovoy yang berusia 23 tahun berkata, dia berkhemah selama tiga bulan di kaki gunung tersebut sambil menunggu cuaca yang sesuai sebelum dapat merakam fenomena alam menakjubkan itu.
"Kita perlu banyak bersabar untuk merakamkan gambar lingkaran cahaya bintang kerana imejnya memerlukan pengatup kamera dibuka agak lama," kata Jankovoy.
![]() |
Anton Jonkovoy bersama kamera yang digunakannya. |
sumber: http://www.dailymail.co.uk
is this 4 real?subhanallah
ReplyDeleteanting2 dia mgerikan.huhu
ReplyDeleteAllah akbar!!
ReplyDeletetengok kamera la bhaaiii...
pergh kamera
ReplyDeletewhat people can do..
ReplyDelete