Inilah Dusty, kucing yang mempunyai kemahiran mencuri barang-barang jiran di kawasan perumahan tuannya.
Aksi kucing itu yang mencuri lebih 600 barang dari kediaman jiran-jirannya di sebuah bandar di California berjaya dirakam kamera pengawasan CCTV baru-baru ini (sila lihat video di bawah).
![]() |
Antara barang yang dicuri oleh Dusty |
Aksi Dusty yang mengambil barang daripada span mandi dan mainan dinosaur hingga kepada pakaian renang dirakam kamera pengawasan di sebuah kediaman di San Mateo, selatan San Francisco.
Rakaman video menunjukkan Dusty membawa beberapa barangan yang dicuri di mulut, termasuk satu pakaian labuh hingga membelit kakinya dan menyebabkan ia terincut-incut mengheret pakaian itu.
“Tuala, sarung tangan, kasut, stokin dan permainan kanak-kanak antara barang yang dibawa kucing peliharaan saya,” kata Jean Chu, pemilik Dusty kepada sebuah syarikat televisyen tempatan ABC News.
“Dusty mengambil pakaian renang ibu saya,” ujar seorang jiran cilik berusia lima tahun selepas kucing itu dikenal pasti mencuri lebih 600 barangan di kawasan kejiranan berkenaan sejak tiga tahun lalu.
sumber: http://www.dogonews.com, http://www.care2.com, http://theweek.com
comel ja kcing ni. xpe nk curi pon dia x tahu hukum Allah
ReplyDeletehe3...comel jer kucing nih tpi skit noty... =D
ReplyDeletekucing ni pkai contact lens ke? biru siot mata dia..
ReplyDeleteCute doee kucing ni >3 Gambar last tu nmpk otai je
ReplyDeleteAlalalalalaaaa... Tomeiinyaa.... Kucing tetap comel walaupun mencuri..
ReplyDeletecomelnye brg2 yg kucing tu curik..hahah.
ReplyDelete-maya
kucing ni ada masalah moral kot..hehe
ReplyDeletedahla mencuri pastu takde muka bersalah langsung. hahaha comel gila!
ReplyDelete3 thn curi 600 brg!?tuan kucing ni x kan x heran mana dtg brg2 ni dlm umah dia?lau dia nmpk kucing dia yg curi x kn x trfkr nk tnya jiran2 n kmblikan brg2 tu..siot btl
ReplyDelete