Skip to main content

[Gambar]- Sekitar Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa Tsunami di Jepun




Sedih melihat gambar-gambar di bawah ni...ianya satu malapetaka yang menyedihkan bukan sahaja bagi rakyat Jepun, malah bagi sejarah dunia.

Namun apa yang mengkagumkan adalah semangat dan disiplin rakyat Jepun dalam menghadapi bencana ini...menurut banyak sumber dari internet, walaupun kemusnahan di sana-sini, amat jarang sekali terdengar kes-kes jenayah atau kecurian berlaku. Malah setiap mangsa yang terjejas saling membantu dan memberikan sokongan antara satu sama lain...hebat bukan semangat dan disiplin yg mereka miliki?

Di bawah ini ada sekitar 60 keping gambar sepanjang proses mencari dan menyelamat di sana untuk tatapan anda.

Pegawai kesihatan membuat pemeriksaan radiasi ke atas kanak-kanak berdekatan dengan Loji Nuklear Fukushima Daini di Koriyama


Mangsa Tsunami yg terselamat, Hiromitsu Shinkawa, kanan, melambai kpd pasukan penyelamat sebelum diselamatkan oleh pasukan Pertahanan Maritim Jepun
Sebuah keluarga sedang berehat di pusat perlindungan di Bandar Soma, Wilayah Fukushima Jepun
Seorang remaja yang dikuarantinkan kerana mempunyai kadar radiasi yang tinggi melihat anjing peliharaannya di sebalik cermin di Nihonmatsu.

Tangan seorang mangsa disebalik kotoran di perkampungan Saito, Wilayah Miyagi
Seorang anggota penyelamat Jepun berjalan merentasi sebuah perkampungan yg telah 'diratakan' oleh arus Tsunami di Saito.
Seorang anggota penyelamat Jepun berjalan melalui sebuah kawasan perumahan yang rosak teruk di Otsuchi
Seorang lelaki menenangkan isterinya yg menangis dihadapan kediaman mereka yg musnah di bandar Watari, Wilayah Miyagi.
Seorang lelaki menunggang basikal berhampiran sebuah kapal yang terbalik di Hachinohe, Wilayah Aomori
Seorang lelaki mengayuh basikal manakala seorang lagi berjalan melalui sebuah kawasan yg dipenuhi oleh sampah sarap di bandar Onagawa.
Seorang lelaki tidur bersebelahan sekeping gambar potret di pusat pemindahan di Rikuzentakata
 Anggota penyelamat Jepun mengunakan helkopter untuk menyelamatkan mangsa di Ishinomaki, dua hari selepas kejadian Tsunami
Seorang askar memangku seorang bayi berusia 4 bulan yg diselamatkan dari bencana Tsunami di Bandar Ishinomaki di Wilayah Miyagi.
Seorang mangsa Tsunami berdoa di pusat pemindahan di Sendai
Seorang mangsa mengesat air matanya bila menyedari rumahnya di bandar Soma musnah sama sekali.
Seorang technician di sebuah kedai memakai pakaian khas untuk mengelakkan kesan radiasi akibat letupan loji nuklear di Fukushima.
Tangan seorang mangsa Tsunami disebalik timbunan selut di Rikuzentakata.
Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan, menangis ketika duduk di sebatang jalan di bandar Natori yang musnah teruk.
Seorang wanita menonton siaran berita di pusat pemindahan di Hachinohe
Pandangan dari udara menunjukkan mangsa Tsunami sedang berbaris untuk mendapatkan bekalan air di sebuah sekolah di Bandar Sendai.
Seorang pekerja menyembur serbuk anti-serangga ke kawasan terjejas di Miyako, Wilayah Iwate
Seorang kanak-kanak yg cedera tertidur di sebuah hospital palang merah selapas diselamatkan dari bencana Tsunami di Ishinomaki
Anggota penyelamat sedang mencari mangsa di sebalik kepingan konkrit penghadang laut
Dua lelaki sedang melihat senarai nama mangsa-mangsa Tsunami yang masih hilang di pusat pemindahan di Rikuzentakata
Warga tua yang terselamat sedang membaca akhbar di pusat pemindahan di Iwaki, Wilayah Fukushima
Para mangsa yang terselamat berpelukan sesama sendiri
Para mangsa di pusat pemindahan berbaris untuk mendapatkan makanan di bandar Soma.
Anggota bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di Bandar Sowa
Gambaran di bandar Natori sebelum dan selepas kejadian Tsunami
Gambaran di bandar Natori sebelum dan selepas kejadian Tsunami
Mangsa yg terselamat sedang menunggu bantuan di Ishinomaki
Seorang pegawai perubatan Jepun sedang melakukan pemeriksaan tahap radiasi di  Kawamata
Keadaan di pusat perlindungan di Sendai
Anggota penyelamat Jepun membawa mayat seorang penduduk di perkampungan Saito
Anggota penyelamat  membawa mayat mangsa Tsunami di bandar Otsuchi, Wilayah Iwate
Askar Jepun membantu seorang warga tua untuk berpindah ke kawasan tanah tinggi semasa di Bandar pelabuhan Soma.
Seorang pekerja sedang menyembur serbuk anti-bakteria di kawasan bencana
Anggota penyelamat menggunakan helikopter untuk menyelamat mangsa di Sendai
Orang ramai melihat senari nama mangsa di pusat perlindungan di bandar Natori
Orang ramai berbaris untuk memeriksa tahap radiasi di Nihonmatsu
Seorang warga emas tidak dapat menahan kesedihan
Orang ramai berjalan diantara bangunan2 yg musnah di Bandar Minamisanriku.
Anggota penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di Rikuzentakata
Anggota penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di Natori
Anggota penyelamat sedang mengangkat seorang mangsa di sebuah hospital di bandar  Minamisanriku
Anggota penyelamat sedang mengangkat seorang mangsa di sebuah hospital di bandar  Minamisanriku
Anggota penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di sebuah rumah yg terbalik di Natori
Anggota penyelamat bergegas ke kawasan tanah tinggi setelah satu ancaman terbaru tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa
Anggota penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di perkampungan Tamura
Penduduk membeli makanan di sebuah supermarket. Setiap pembeli dihadkan untuk membeli hanya 5 barang seorang.
Penduduk beratur untuk mendapatkan bekalan air di Hitachi
Anggota penyelamat menyelamatkan seorang lelaki yg terperangkap di dalam sebuah kereta
Askar membuat pemeriksaan ke kawasan terjejas sebelum mereka menggunakan mesin berat di perkampunagn Noda.
Anggota penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat berdekatan sebuah kapal yg dihanyutkan  arus tsunami ke daratan di bandar Higashimatsushima.
Keadaan di pusat perlindungan di Rikuzentakata
Pemeriksaan tahap radiasi dilakukan pegawai perubatan
Mayat mangsa tsunami dibungkus menggunakan plastik biru di bandar Natori

source: http://www.dailymail.co.uk, http://www.boston.com, http://www.nationaljournal.com

Comments

  1. sedih tgk keadaan dan gambar kat atas nie..

    ReplyDelete
  2. sedih.. semoga mereka tabah menghadapai dugaan ni..

    ReplyDelete
  3. (T___T) plg sedih pic remaja dikuarantinkn tgh tgh anjing die....~ smoga semua kembali spt keadaan asal..amin..

    ReplyDelete
  4. My heart bleeds for the people of Japan - such a monumental disaster - they should be admired for not wailing and weeping all over the place and asking other countries for help - just getting on with it. I hope everyone will say a prayer for the people of Japan sometime to-day.

    ReplyDelete
  5. hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan diorg kat sana. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.