Skip to main content

Pramugari Mak Nyah



Sebuah syarikat penerbangan mengambil mak nyah sebagai kakitangan pembantu penerbangan dalam usaha mereka mencipta kelainan daripada pesaing.

Dari kiri, Nathatai Sukkaset, 26, Dissanai Chitpraphachin, 24, Chayathisa Nakmai, 24 and Phuntakarn Sringern, 24
Dikenali sebagai golongan ‘katoey’, golongan mak nyah Thailand memiliki peluang dan ruang lebih besar berbanding di negara lain. Selain di kedai menjual barangan kesihatan dan kosmetik, ‘katoey’ sering diberi peluang menjawat pelbagai pekerjaan di bidang lain. Di pusat kesihatan dan kecantikan, seakan-akan satu kemestian sekurang-kurangnya seorang ‘katoey’ bekerja di situ sebagai pembantu.

Syarikat penerbangan PC Air yang akan memulakan operasi secara rasmi pada April depan ke beberapa negara Asia pada awalnya bercadang hanya mahu mengambil kakitangan kabin di kalangan lelaki dan wanita, sama seperti syarikat lain.


Bagaimanapun, pengurusan PC Air menukar fikiran selepas menerima lebih 100 permohonan daripada ‘katoey’. Setakat ini empat ‘katoey’ dipilih bertugas sebagai pembantu penerbangan bersama 19 wanita dan tujuh lelaki.

Walaupun syarikat itu mempercayai dasar kesamaan gender, Presiden PC Air, Peter Chan, meluangkan masa untuk memilih sendiri ‘katoey’ yang memohon. Katanya, dia perlu memberi lebih masa kepada mereka berbanding pemohon lelaki atau wanita.

“Bagi pemohon lelaki, jika saya enggan mengambil mereka, ia adalah kerana sikap atau perwatakan. Misalnya, melihat kepada cara mereka berjalan dan senyum,” katanya.

Menurut Chan, bagi calon kru kabin wanita, mereka tidak akan diambil bekerja jika tidak memiliki kesabaran dan perwatakan sesuai.

“Bagi kalangan ‘katoey’, kami tidak boleh memperuntukkan masa lima atau 10 minit dengan mereka, sebaliknya waktu diperlukan lebih panjang. Kadangkala sesi pemilihan seorang ‘katoey’ boleh berlanjutan sehingga sehari suntuk bagi membolehkan kami memastikan mereka benar-benar memiliki sifat kewanitaan,” katanya.


Sementara itu, Chayathisa Nakmai, 24, berkata dia menangis kegembiraan apabila diberitahu diterima bekerja dengan PC Air.

“Saya sangat gembira. Sebelum ini saya pernah menghantar permohonan ke banyak syarikat penerbangan tapi tak pernah diterima,” katanya.

Menurut kenyataan PC Air, syarat kelayakan ke atas ‘katoey’ adalah sama seperti dikenakan kepada pemohon wanita, kecuali satu — mereka mestilah menonjolkan sifat kewanitaan ketika berjalan dan bercakap, selain suara serta sikap yang sesuai.

Walaupun diskriminasi terhadap ‘katoey’ sangat minimum di Thailand, mereka masih tidak diiktiraf secara rasmi sebagai wanita. Pada bahagian jantina di kad pengenalan, mereka masih dicatatkan sebagai ‘lelaki’. Walaupun teruja dengan peluang diberi, ‘katoey’ yang berjaya sedar ada cabaran besar menunggu mereka tidak lama lagi.

Bagi Dissanai Chitpraphachin, 23, antara faktor yang dibimbanginya adalah membuktikan dia benar-benar mampu bertugas seperti dikehendaki.

“Orang lain pasti memerhatikan pekerja seperti kami dan ia sekali gus memberi tekanan tambahan,” katanya.

Pernah dimahkotakan sebagi ‘katoey’ paling cantik di Thailand pada 2007, Dissanai berkata, mereka perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin.

Sementara itu, PC Air bercadang mengambil lebih ramai ‘katoey’ untuk bekerja dengan mereka pada masa depan kerana Jabatan Penerbangan Awam tiada halangan mengenainya. Setakat ini, PC Air akan beroperasi dari Bangkok ke Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan China.


Lagi gambar-gambar menarik:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 sumber: hmetro, http://www.ibtimes.com, kansas.com, reuters

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.