Skip to main content

Pelik! Gadis ni Ketagih Makan Sabun dan Serbuk Pencuci


Fakta Ringkas:
  • Nama: Tempestt Henderson
  • Umur: 19 tahun.
  • Ketagih makan sabun setelah putus cinta.
  • Makan sehingga 5 ketul sabun dan serbuk pencuci seminggu


Info selanjutnya:

Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.

“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.

Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya. Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica. Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.

Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.

Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.

Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.

Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.


 
 
 
 
 

 Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya.

sumber: www.dbune.com, kosmo, www.dailymail.co.uk

Comments

  1. hahaha..mengarut je..pelik2.

    ReplyDelete
  2. Hidu pun sy tak suka... Apa lagi untuk dijadikan makanan... Yauckkk!!!!

    ReplyDelete
  3. @LennMommaChubby makan sabun yg wangi2 kot...tu yg dia suka

    ReplyDelete
  4. Untung syarikat sabun kalu ramai yg cenggini.

    ReplyDelete
  5. @Jumir hihi nt habis sabun ssh le nk basuh baju ;)

    ReplyDelete
  6. xpayah beli makanan dah..beli sabun je bebyk...pakej sebagai makanan n pencuci...hehehe...=)

    ReplyDelete
  7. @Nur haha..mengerikan jer..silap2 dia cuci habis satu badan tak ke naya..hehe

    ReplyDelete
  8. aiyyoh... x ceter beter tuh.. hehe

    ReplyDelete
  9. @-AnisZafirah- rasanya enzim penghadaman pmpuan tu pekat sgt kot..tu yg xde effect

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.