Friday, February 11, 2011

Kini Ujian Kehamilan Boleh Dilakukan Dengan USB



Melakukan ujian kehamilan kini semakin mudah dan canggih. Alat test kehamilan yang selama ini berada di pasaran kini sudah dianggap usang. Kini teknologi terbaru diperkenalkan iaitu alat penguji kehamilan menggunakan thumbdrive yang dihubungkan dengan komputer.

Fungsinya mirip dengan alat penguji kehamilan yang selama ini mudah ditemui di farmasi atau di kedai-kedai ubat. Hanya titiskan sampel urin pada stik khas di salah satu hujung USB. Kemudian, masukkan satu hujung yang lainnya ke USB port di komputer anda. Selanjutnya, kecanggihan komputer akan menganalisa kandungan hormon dalam urin anda.

Komputer akan menganalisa urin anda dengan mengeluarkan grafik mengenai kandungan anda. Bukan setakat itu sahaja, alat ini juga dapat menganalisa waktu kesuburan, menganalisa waktu yang penting atau sesuai bagi perempuan yang ingin mempercepat atau menunda kehamilan.

Dengan ketepatan analisa sekitar 99 peratus, alat ini dijual dengan harga US$ 18 atau sekitar RM 55.


Entri-Entri Berkaitan.....

10 comments:

Related Posts with Thumbnails