Skip to main content

[Gambar]- Sekitar Perasmian Masjid Al-Khalidiah, Masjid Sumbangan Datuk Siti dan Datuk K



Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid. 

Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

 


 
 
 
 
 
 

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.
Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.
Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.
“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.
sumber: berita harian, mstar, beautifulnara, lagunamerbok.blogspot.com, kosmo

Comments

  1. Amal jariah :) Siti nmpk cute sgttt pkai tudung penuh

    ReplyDelete
  2. @Shaiful Zaidi tenkiu...sbhagian drp gambar2 kt atas kredit kpd lagunamerbok...kita sama2 oghang kedah no..

    ReplyDelete
  3. @Shahira cute, cantik...itulah yg sepatutnya (pakai tudung penuh)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.