Sunday, February 20, 2011

Cara Membuat Air Soya



Senang je rupanya nak buat air soya ni, ingatkan susah la sangat. Lepas ni konpem tak beli dah dari kedai atau pasar malam. Buat sendiri jek...lagi bagus kan?

Berikut merupakan cara-cara membuat air soya tanpa beli dari kedai:
Bahan-Bahan:

500 gm kacang soya
Sedikit garam Gula secukup rasa
Beberapa helai daun pandan

Cara:
1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam.
2. Basuh kacang soya dan toskan
3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya bersamaan dua cawan air)
4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk mengelakkan air soya berkeladak)
5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini.
6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau)
7. Masukkan beberapa helai daun pandan
8. Masukkan secubit garam
9. Masukkan gula secukup rasa
10. Sedia diminum sepuas-puasnya!

sumber: Mesra.net

Entri-Entri Berkaitan.....

4 comments:

  1. wow bestnyaaaa...senang juga rupanya. tapi haritu mama sophie buat kan, dia jadi pekat lah pulak.huhu..

    ReplyDelete
  2. @Sophie Al-yahya banyak sgt kot taruk soya..tak pun tak kacau time masak tu

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba lagi nie... lama dah tak buat air soya... macam2 versi buat air soya ada.

    Sedikit komen dari Minda Insan

    ReplyDelete
  4. kacg tu kalo boleh jgn smpi 24 jam,nnt jd x sdap.5 jam pon da lme sgt

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails