Skip to main content

Beras China Mengandungi Logam Berat


Sehingga 10 peratus beras yang dikeluarkan China dicemari logam berat berbahaya daripada pencemaran yang dikaitkan dengan proses perindustrian pesat negara itu, menurut satu laporan.

Laporan majalah New Century edisi minggu ini melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar beras China dicemari logam berat seperti kadmium sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada banyak usaha diambil bagi mendedahkan bahaya itu.


Ketika proses pesat perindustrian China, aktiviti seperti melombong muncul di merata tempat, sekali gus melepaskan unsur kimia seperti kadmium, arsenik, raksa dan logam berat berbahaya lain.

“Logam berat berbahaya ini tersebar menerusi udara dan air dan mencemar kawasan tanah yang luas...pencemaran rantaian makanan sudah wujud sejak beberapa tahun lalu," menurut laporan itu.



Laporan itu merujuk kajian sejak 2007 yang tertumpu pada beberapa kampung pedalaman di selatan China berhampiran lombong dan kawasan perindutsrian di mana masalah kesihatan seperti penyakit tulang muncul, terutamanya di kalangan warga emas.

Di kalangan bijiran, beras paling kuat menyerap kadmium yang sering meresap dalam air yang digunakan untuk pengairan sawah berhampiran lombong seperti plumbum, timah dan tembaga.

sumber: http://foodsafety.suencs.com, http://ascportfolios.org

Comments

  1. @atieshariffuddin bahaya. tp mujur beras ni blom dieksport ke msia lagi

    ReplyDelete
  2. encik Billy setahu saya...beras Cina berlambak kat negara kita...harga nya pun lebih murah....tak percaya............percayalah....

    ReplyDelete
  3. @Anonymous yeke..setahunya beras malaysia diimport dr thailand, myanmar dan vietnam..dr china x tau pulak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.