Skip to main content

Dilema Lelaki Rendah


Ramai orang mendakwa tidak melihat ciri fizikal seperti rupa paras, warna kulit dan ketinggian sebagai kriteria pilihan pasangan. Apakah benar begitu sedangkan jika ditanya, ramai gadis yang pasti menyenaraikan ketinggian sebagai ciri utama yang perlu ada pada lelaki idaman. Tidak kurang lelaki yang pernah ditolak mentah-mentah oleh wanita atas alasan tidak cukup tinggi. Persoalannya, tahap ketinggian yang bagaimana yang disifatkan sebagai rendah atau pendek bagi golongan lelaki?


Jika dirujuk atau dilihat keadaannya di negara kita, secara amnya, lelaki yang memiliki ketinggian kurang daripada 160 sentimeter (sm) sering dikategorikan sebagai rendah. Namun, disebabkan kedudukan negara kita di rantau Asia yang mana rata-rata penduduknya tidaklah begitu tinggi, perbezaan ketinggian antara golongan lelaki tinggi dan lelaki rendah jarang diperkatakan.


Dilema:

Bagi dunia pekerjaan secara globalnya, pengiktirafan seseorang pekerja bukan berdasarkan ketinggian mereka tetapi kebolehan dan kualiti kerja yang dihasilkan. Jadi, dunia kerjaya boleh dikatakan tidak mendiskriminasi mereka yang rendah.

Aspek pergaulan sosial juga, seseorang lelaki atau wanita yang rendah kebanyakannya tidak menghadapi masalah untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa saja asal saja sikap dan personaliti yang dimiliki mereka itu boleh diterima.

Namun, apa yang sering dikhabarkan sebagai dilema bagi golongan lelaki rendah adalah kesukaran mencari pasangan, terutama bagi lelaki yang paras ketinggiannya lebih rendah daripada ketinggian wanita biasa. Sebelum mencari wanita yang hendak dijadikan pasangan, mereka sering meletakkan ciri ketinggian sebagai keutamaan kerana sebahagiannya bimbang untuk berdamping dengan wanita yang lebih tinggi, didorong persepsi bahawa wanita lebih menyukai lelaki tinggi berbanding lelaki rendah.

Justeru, benarkah fizikal yang rendah menjadi suatu kekurangan bagi seseorang lelaki?

Dipetik daripada Berita Harian:

1) Pelakon Tam Suhaimi



Pelakon, Tam Suhaimi, 31, mengakui ketinggian 157 sm yang dimilikinya membuatkan dirinya kurang menerima tawaran berlakon berbanding pelakon lelaki yang lebih tinggi. Katanya, ciri fizikalnya itu mungkin membuatkan tidak banyak tawaran watak yang pelbagai diterimanya.

“Bagaimanapun, di luar bidang lakonan, sebagai orang biasa, tidak banyak beza kehidupan yang saya lalui dengan lelaki lain yang lebih tinggi.

“Bahkan, kebanyakan lelaki yang bertubuh kecil dan rendah selalunya nampak awet muda. Bagi saya sendiri, ramai yang tidak menyangka yang usia saya sudah mencecah 30an. Apatah lagi, raut wajah saya juga boleh dikatakan seimbang atau sesuai dengan ketinggian saya, jadi orang nampak saya muda.

“Setakat ini, saya tidak pernah melihat kekurangan ketinggian tubuh badan saya ini sebagai sesuatu kekurangan. Seperti kata pepatah Inggeris, ‘good things come in small packages,” katanya.

Kata Tam, pembabitannya dalam dunia lakonan sejak kecil menjadikannya yakin dengan diri sendiri dan tidak pernah menjadikan ciri fizikalnya sebagai penghalang bakat dan keupayaannya.

Lebih penting, dalam kehidupan seharian, bukannya ciri fizikal jadi keutamaan sebaliknya bergantung kepada cara pembawaan diri mereka.

Dalam soal berpakaian juga, kata Tam, pilihan untuk lelaki kecil sepertinya tidak terbatas kerana banyak butik jenama tempatan mahupun antarabangsa yang menyediakan saiz pakaian yang sesuai.

“Cuma, kesukaran itu timbul apabila mencari kasut yang bersesuaian dengan saiz kaki saya iaitu saiz lima setengah. Selain itu, tidak ada masalah. Saya boleh gayakan apa saja jenis baju, sama ada corak belang melintang atau apa saja asalkan saiznya bersesuaian.

“Namun, untuk memilih pakaian rasmi ke majlis besar seperti penyampaian anugerah, saya rujuk gaya penampilan aktor antarabangsa yang berbadan kecil termasuk Elijah Wood,” katanya.


2) Gitaris Bunkface, Paan



Tidak jauh bezanya dengan pemain gitar utama kumpulan Bunkface, Paan atau nama asalnya, Ahmad Farhan Hashim, 23, yang memiliki ketinggian 158 sm.

Cerita Paan, ketika di zaman persekolahan dulu, proses ketinggiannya boleh disifatkan berlaku agak pantas dan beliau tidak ubah seperti remaja lelaki yang memiliki ketinggian normal.

“Tapi, apabila mencecah usia 18 tahun, tumbesaran saya terhenti. Saya pelik juga kerana saya ingatkan remaja lelaki akan meningkat tinggi sehingga usia awal 20-an. Adik beradik lain pula kebanyakannya lebih tinggi. Mungkin juga saya mewarisi ketinggian ibu.

“Apa yang penting, saya tidak pernah merasa rendah diri atau kurang yakin dengan fizikal saya seperti ini kerana apa yang bernilai dalam diri seseorang insan bukanlah penampilan luarannya tapi dalaman mereka,” ujar Paan.

Dari segi kehidupan sosial, Paan berkata, beliau tidak pernah rasa ragu-ragu pun apabila hendak mendekati mana-mana gadis, sama ada gadis berkenaan lebih tinggi atau lebih rendah daripada dirinya.

“Kalau saya suka, saya akan terus saja memulakan langkah untuk mengenali mereka dan setakat ini tidak pernah pula mana-mana gadis yang menolak untuk berkawan dengan saya kerana ketinggian saya ini.

“Namun, tidak saya nafikan, dalam banyak aspek, lelaki tinggi ada kelebihan. Mereka lebih mudah mendapat perhatian. Tapi, pada pendapat saya, kita tidak seharusnya menilai orang lain berdasarkan ketinggian mereka sebaliknya terima saja hakikat yang dalam dunia ini, ada yang tinggi dan rendah, ada yang gemuk dan ada yang kurus."



Kesimpulan:
Kepada mereka yang kurang tinggi, janganlah faktor berkenaan menjadi penghalang untuk menikmati hidup yang lebih gembira. Tampillah lebih yakin dan serlahkan bakat dan kebolehan yang ada.


sumber: berita harian

Comments

  1. semua orang pasti mempunyai kekurangan dan kelabihan dan kita patut syukuri apa yang di berikan tuha karena di balik itu pasti akan ada kelebihannya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.