Skip to main content

Salam Perantauan Aidilfitri: Tronoh(Malaysia) Jadi Toronto(Kanada)


Hari ni keluar dalam Utusan Malaysia tentang berita penipuan yang dibuat oleh pelajar-pelajar UTP yang membuat salam perantauan Aidilfitri, kononnya mereka sedang belajar di Universiti of Toronto Kanada. Gambar yang dihantar mereka telah keluar di akhbar tersebut pada 21 September lalu.

Untuk pengetahuan, UTP (Universiti Teknologi Petronas) ini terletak di Tronoh, Perak seringkali diucapkan sebagai Toronto di Kanada. Ha ha ha!

sila klik utk tumbesaran!
Hari ini keluar pula berita tentang kekesalan dan rasa marah pihak akhbar yang telah diperbodohkan oleh pelajar-pelajar ini.


Pada aku, ini kesimpulan yang aku boleh buat:

  • Student UTP sememangnya kreatif dan jaguh dalam benda-benda macam ni. Sebelum ni pun dah banyak kes yang lagi dahsyat daripada ini. Kes hacking system Maybank adalah yang terbesar pernah aku dengar setakat ini.
  • Pihak Utusan berasa tercabar dengan prank yang dibuat oleh sekumpulan pelajar ini. Sebagai sebuah badan akhbar yang dihormati, kejadian seperti ini pastinya menjejaskan kredibiliti mereka.
  • Dari satu segi, bila berita tersebut keluar dalam akhbar hari ini, ia sedikit sebanyak menjejaskan imej UTP. Tetapi ia juga memberi publisiti buat UTP yang kurang terkenal ini.
  • Dari satu segi pula, ia menunjukkan kepincangan di pihak akhbar itu sendiri. Mengapa mereka tidak menyelidiki terlebih dahulu kesahihan gambar itu. Bukankah itu etika kewartawanan dan penyiaran. Adakah benar-benar wujud University of Toronto di Kanada?Jika ya, betulkah gambar itu?
  • Aku bersetuju dengan kenyataan ini. 'Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.' Aku tambah lagi...'dan juga kepincangan'
  • Aku juga bersetuju memang kita harus berasa marah jika ada orang menipu atau membuat prank terhadap kita. Tetapi wajarkah berasa marah dan 'membunuh' pelajar2 ini sedangkan di pihak kita juga melakukan kesalahan? 
  • Aku yakin pihak Utusan akan lebih berhati-hati selepas ini. Sekurang-kurangnya perkara ini memberi pengajaran buat mereka dan juga pelajar2 ini. Tak perlulah dipanjangkan lagi perkara ini.

p/s: Aku rasa ruangan salam perantauan ini sepatutnya dimansuhkan. Dalam zaman teknologi seperti sekarang ini, ruangan ini rasanya tidak lagi relevan. Facebook, email, video call, telepon semuanya dah ada!

Baca selanjutnya di sini


Comments

  1. hahaha..terkantoi jugak akhirnya..haih, ingatkn pihak Utusan x perasan! :D

    ReplyDelete
  2. waleywaaaa.. hahahaha:)
    sgt kelakar!

    ReplyDelete
  3. hiks3~~ pndainy dieorg tipu...
    x malu kew weyh!!

    ReplyDelete
  4. tak tahu plak hal ini. tq for sharing..awe ex-uum dan tempat tu kalu bunga tengah banyak mmg macam musim bunga dan nak tipu pun boleh..tapi bahaya lah kan..org boleh detect

    ~ spandai-pandai tupau melompat akhirnya jatoh ke tanah jua ~

    ReplyDelete
  5. Kantoi...mst NC UTP malu kan???
    Memalukan sape2 yg penah,masih n akan jd ahli UTP..

    ReplyDelete
  6. haha x tfikir ada gak org nak buat keje2 cam ni

    ReplyDelete
  7. haha...sgt klakar!

    tronoh-toronto
    bota-boston
    parit-paris
    gopeng-copenhagen

    ReplyDelete
  8. ahahaha.. padan muka utusan meloya!
    baru tau rasa diperbodohkan macammana..

    ReplyDelete
  9. yang bodoh budak2 tu la...skrg sape yang bodoh??
    utusan malaysia xbodoh la...

    ReplyDelete
  10. Memalukan la budak utp ni,diorang ni teringin nak blaja kt oversea kot.xdpt gi,tukar tronoh jd toronto pn jdlah,haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.