Skip to main content

Kecelaruan Gender Di Kalangan Lelaki


men that became women07

DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.


 Fakta ringkas kecelaruan gender:

  • Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.
  • Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.
  • Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.
  • Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka.
  • Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.




Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualisme:
  • Pengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’.
  • Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran.
  • Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda. Justeru, penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan berfungsi.
  • Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan.
  • Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan.
  • Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI.
  • Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu.
Gay marriage


Pendekatan Perubatan:
  • Sebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan.
  • Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan kedudukan mereka.
  • Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen), selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan mereka daripada aspek kehidupan sosial.
  • Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat membangunkan negara seperti individu lain.
sumber: Harian Metro

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.