Skip to main content

Katak Terkecil di Dunia Ditemui di Hutan Malaysia



Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang.



Pensyarah yang juga penyelidik dari Institut Biodiversiti dan Perlindungan Alam Sekitar, Prof Dr Indraneil Das, menyifatkan penemuannya pada September 2004 itu adalah yang terbaru di dunia dengan katak berkenaan ketika ini dikenali dengan nama saintifik ‘microhyla nepenthicola’.

Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.

“Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa.

“Katak ini melengkapkan kitaran hidupnya dalam tempoh beberapa bulan saja, bertelur di atas daun, memberikan anak-anaknya makan dan hidup di kawasan sekitar yang sangat terhad sebelum mati,” katanya ketika ditemui di Unimas, semalam.

Beliau dibantu pembantunya, Dr Alexander Haas, kemudian terpaksa melakukan beberapa ekspedisi susulan bagi mengutip lebih banyak spesies itu sukar ditemui.

Pasukan penyelidik yang ditaja Yayasan Volkswagen itu kemudian terpaksa melakukan tugas penyelidikan berkaitan bidang biodiversiti sebelum menghasilkan jurnal berkaitan spesies katak berkenaan yang diterbitkan pada Ogos 2010.

“Setakat ini kami percaya spesies ini boleh ditemui di kawasan Pulau Borneo saja berikutan kelembapan tanah selain pokok Kerangas yang menjadi tempat habitatnya.

“Kita masih menunggu reaksi penyelidik antarabangsa sebaik jurnal mengenai penemuan ini diterbitkan ‘zootaxa’, namun setakat ini memang kami yakin ia spesies katak terkecil di dunia,” katanya.

Selain meneruskan kajian mengenai spesies katak ini, Dr Das dan Dr Hass sedang menyiapkan jurnal terbaru mereka bertajuk Spesies Katak Hilang yang dijangka diterbitkan dalam tempoh terdekat.

sumber: Berita Harian

Comments

  1. diana: apa pulak geli...comei pe katak tue!
    hehe

    ReplyDelete
  2. ehhhh tp kami bdk ukm...mmg slalu jumpe spesis ni....xtau la kan....

    ReplyDelete
  3. nadey: oow..xtaula.tp brdasarkn sumber artikel di atas (berita harian) katak ni dh lama dijumpai, since 2004 lg, da hmpir 6 tahun dah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.