Skip to main content

Top 5 Novelis di Malaysia (Alaf 21)

Siapa kata menjadi novelis di Malaysia tidak boleh berjaya? Malah tak mustahil untuk menjadi kaya hasil wang royalti yang mereka terima. Ya, walaupun tak mungkin menjadi sekaya dan berjaya seperti J.K Rowling ataupun Stephanie Mayer ataupun Habiburrahman, kedudukan novelis di negara ini tidak kurang kalahnya juga berbanding novelis luar negara.


Dari kiri yang pegang sijil sj : Sharifah Abu Salem, RAM, Aisya Sofea, Anis Ayuni dan Damya Hanna


Berikut adalah senarai top 5 novelis di Malaysia produced by Alaf21 Sdn. Bhd. syarikat penerbitan novel no. 1 di Malaysia.


1. Sharifah Abu Salem (7 novel dijual keseluruhannya berjumlah 447,013 naskhah)
Sharifah Abu Salem menghasilkan novel pertamanya MASIHKAH ADA KASIH pada tahun 1999. Novel ini kemudian telah diadaptasikan ke drama TV dan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.

Nama beliau terus dikenali sebagai penulis bila novel Tak Seindah Mimpi mendapat sambutan hangat daripada para pembaca. Atas permintaan ramai, siri novel ini kemudian disambung menjadi trilogi iaitu Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.

Sasterawan Negara Allahyarham Pak Sako yang banyak memberikan dorongan supaya saya menjadi seorang penulis. Bila Alaf 21 memberi peluang itu, saya berusaha menggunakan ruang itu untuk terus berkarya. Terima kasih Alaf 21.

Penulis yang low profile ini tidak lokek ilmu dan sentiasa memberikan galakan kepada sesiapa saja yang ingin belajar menulis novel. Bekas Editor Pengurusan di Kumpulan Media Karangkraf, kini aktif menulis skrip drama. Antara drama hasil skrip beliau yang popular ialah Rahsia Demi Rahsia, Rombongan Cik Kiah, Nenek Kebaya dan banyak lagi.


2. Ramlee Awang Mursyid (16 novel dijual keseluruhannya berjumlah 568,566 naskhah)

Ramlee Awang Murshid, digelar Penulis Thriller No 1 Malaysia. Baginya, pencapaian ini bukan sesuatu yang mudah.

Manuskrip novel saya pernah ditolak oleh beberapa syarikat penerbitan. Alasan mereka, saya tidak dikenali dan saya tidak punya nama besar. Saya sedar saya bukan sesiapa. Tapi saya hanya hamba TUHAN yang punya sedikit kemahiran menulis. Saya pasrah dan kemudian menghantar novel ini ke Alaf 21. Alhamdulillah… kekecewaan saya terubat bila manuskrip itu diterima dan seterusnya diterbitkan. Kini, mereka yang pernah menolak diri saya datang menawarkan peluang besar. Tapi biarlah saya terus bersama Alaf 21!” tegas Ramlee mengenangkan kembali kisah silamnya.

Bertitik tolak dari situ, terbitlah novel TOMBIROU pada tahun 1998. Biarpun ketika itu novel yang bertemakan thriller dan aksi kurang diminati, namun berkat kesabaran beliau, selepas novel kelima, namanya mula dikenali ramai. Peminat-peminatnya terdiri daripada lelaki dan perempuan pelbagai peringkat iaitu remaja, dewasa dan warga emas. Setiap kali Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, barisan panjang peminat-peminat menyerbu beliau untuk mendapatkan tandatangan.

Namun Ramlee tetap seperti dulu, seorang insan yang merendah diri dan suka bersahabat dengan sesiapa jua sebab pada beliau, Yang Maha Segalanya di dunia ini hanyalah ALLAH


3. Aisya Sofea (9 novel dijual keseluruhannya berjumlah 694,954 naskhah)

Kemunculan Aisya Sofea dengan novel pertama berjudul JAUH secara tidak langsung mengisi ruang kosong dalam dunia penerbitan novel tanah air. Temanya lebih pada kisah cinta dan romantis.

Garapan bahasanya yang mendayu-dayu dan menyentuh perasaan terus menambat hati pembaca dengan novel kedua Jendela Hati serta Kau Untukku. Peminat-peminat fanatiknya terus menunggu setiap novel baru beliau sehingga kini.

Saya menulis kerana minat. Lama-kelamaan minat itu menjadi satu tanggunjawab. Bukan mudah sebenarnya mahu memuaskan hati semua peminat kerana masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya berharap agar pembaca-pembaca akan terus menyokong produk saya bersama Alaf 21,” pinta Aisya Sofea dengan rasa terharu.


4. Anis Ayuni (9 novel dijual keseluruhannya 548,977 naskhah)

Novel pertama beliau bersama Alaf 21 dihantar oleh seorang teman. Tidak diduga percubaan pertama itu terus diterima. Dan muncullah novel SUARA HATI pada tahun 2002. Sejak itu, semangat menulisnya terus berkobar-kobar.

Setiap kritikan diterima dengan hati terbuka. Hasilnya, novel ketiga beliau GEMERSIK KALBU berjaya dicetak sebanyak 60,000 naskhah bagi cetakan pertama pada 2005 dan telah diulang cetak sebanyak lapan kali.

Saya cuma mampu menghasilkan sebuah novel setahun kerana komitmen kerja. Tapi saya sentiasa cuba menjaga mutu novel yang saya hasilkan. Saya mahu setiap novel baru saya lebih bagus. Ini kerana pembaca-pembaca sentiasa membandingkan novel-novel kita. Pada saya pula, bersaing dengan diri sendiri lebih sukar kerana adakalanya saya takut dengan harapan peminat-peminat” jelas Anis Ayuni turut bangga dengan anugerah yang diterima.

Damya Hanna, gadis kecil molek ini pernah menjadi fenomena dunia novel tanah air dengan novel pertamanya BICARA HATI terbitan Alaf 21 pada tahun 2003. Ia telah diulang cetak sebanyak tiga kali pada tahun yang sama. Sehingga tahun ini, sudah 18 kali ia diulang cetak kerana permintaan terhadap novel ini sentiasa ada.


5. Damya Hanna (8 novel dijual keseluruhannya berjumlah 520,192 naskhah)

Damya Hanna, gadis kecil molek ini pernah menjadi fenomena dunia novel tanah air dengan novel pertamanya BICARA HATI terbitan Alaf 21 pada tahun 2003. Ia telah diulang cetak sebanyak tiga kali pada tahun yang sama. Sehingga tahun ini, sudah 18 kali ia diulang cetak kerana permintaan terhadap novel ini sentiasa ada.

Beliau yang ketika itu merupakan pelajar jurusan perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia, terkejut dengan sambutan yang dierima. Sejak itu, nama Damya Hanna terus meniti di bibir peminat-peminat novel.

Setiap tahun beliau menghasilkan novel dan kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan sastera.

Banyak kritikan yang saya terima. Ada yang mempersoalkan tema cerita yang saya tulis cukup mudah tapi kenapa digemari oleh pembaca-pembaca. Saya tak boleh jawab soalan ini. Semuanya terpulang pada pembaca itu sendiri. Tapi Alaf 21 sentiasa memberi sokongan dan semangat agar saya jangan berputus asa dan terus memperbaiki mutu penulisan saya. Alhamdulillah… saya bersyukur sangat bila penat lelah saya selama ini dihargai oleh masyarakat.

Setelah lebih 10 tahun menjadi penulis, barulah mereka menikmati manisnya satu pengiktirafan sebagai Golden Writers daripada seorang Perdana Menteri Malaysia.


nota: sumber artikel ini adalah daripada laman web alaf21. artikel asal boleh didapati di sini


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.