Skip to main content

Penyanyi Termuda Di Dunia

ATITHI menyanyi pada pelancaran albumnya di Kathmandu, Nepal

Rasa kagum menyentak hati saya bila membaca akhbar Kosmo pada hari ini. Pada usia 3 tahun, seorang budak perempuan yang diberi nama Atithi KC telah mempunyai sebuah album, membuat persembahan pentas dan televisyen serta turut berlakon dalam satu video muziknya. Hebat bukan?


Berikut ialah petikan daripada akhbar Kosmo:

KATHMANDU - Album seorang budak perempuan berumur tiga tahun, Atithi KC yang tidak tahu membaca telah dijual semalam manakala bapanya berusaha mendaftarkan nama anaknya di dalam Guinness Book of World Records.

Menurut Uddhab KC, bapa Atithi yang merupakan seorang komposer muzik, anaknya merupakan artis termuda di dunia.

Album iu mengandungi sembilan lagu termasuk lagu kebangsaan Nepal.

Pada pelancaran album itu semalam, Atithi menyanyikan tiga buah lagu daripada albumnya yang diterbitkan oleh syarikat milik bapanya, Orbit Publishers.

"Atithi mula bercakap semasa dia berusia enam bulan. Kakak sulungnya, Usna telah menyanyi sejak dia berumur empat tahun," kata bapanya.



Profil:

  • Nama: Atithi KC
  • Jantina: Perempuan
  • Umur: 3 tahun (mula menyanyi pd umur 2 tahun)
  • Asal: Nepal
  • Kerjaya: Penyanyi- telah mempunyai sebuah album yang memuatkan 9 buah lagu


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.