Fakta Kopi Luwak:
- biji kopi Luwak dijual pada harga AS$500 (RM1,600) setiap kilogram (kg)
- hanya 200kg dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia
- Kopi luwak dihasilkan terutama di pulau Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi di kepulauan Indonesia, dan juga di Filipina (di mana produk itu disebut teh motit di Cordillera dan alamid kape di daerah Tagalog) dan juga di Timor Timur ( dimana disebut Kafe-laku)
Istimewanya kopi ini terletak pada rasa dan cara pembuatannya. Dikatakan bahawa rasanya mengatasi apa jua rasa kopi-kopi yang ada di dunia ini. Sementara cara pembuatannya pula sangatlah unik. Bagaimana?
Kopi Luwak terhasil apabila biji kopi yang ranum dimakan musang terlebih dahulu sebelum dicernakan haiwan itu dan najisnya kemudian dipanggang. Maksudnya, kopi itu terhasil daripada najis musang. Jadi, halalkah bagi orang Islam untuk meminum kopi ini?
Di Malaysia, tidak dapat dipastikan sama ada fatwa pengharaman ada atau pun tidak. Tetapi di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia(MUI) telah mengeluarkan fatwa pengharaman bagi umat Islam Indonesia untuk meminum kopi Luwak.
Namun, fatwa itu ditarik balik. “Selepas perbincangan, MUI memutuskan tidak haram untuk umat Islam Indonesia meminum kopi Luwak,” kata Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Ma’ruf Amien dalam satu sidang media.
“Tidak haram kerana yang penting anda perlu mencuci biji kopi berkenaan bagi membersihkan najis musang itu,” katanya.
Wallahualam....
kopi luwak telah disahkan haram oleh majlis fatwa malaysia. kerana ia datang dari najis, enzim2 najis sudah masuk ke dalam kopi.
ReplyDeletebksempoi:thnx for the info...lupa nk update. artikel ni sy tulis b4 majlis fatwa malaysia mengharamkan kopi ni lg.so it is an obsolete article
ReplyDeleteklu halal pn aku x nk...
ReplyDeletelbh krng gak mcm kopi TAIK....
Klu da taik...taik gak la...
aku pon xnak. dah la taik mahal pulak tu. kiranya bole dikatakan najis haiwan termahal di dunia la kan. hehe..
ReplyDelete