Skip to main content

Kopi Termahal Di Dunia - Kopi Luwak


Fakta Kopi Luwak:
  • biji kopi Luwak dijual pada harga AS$500 (RM1,600) setiap kilogram (kg)
  • hanya 200kg dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia
  • Kopi luwak dihasilkan terutama di pulau Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi di kepulauan Indonesia, dan juga di Filipina (di mana produk itu disebut teh motit di Cordillera dan alamid kape di daerah Tagalog) dan juga di Timor Timur ( dimana disebut Kafe-laku)
Kopi Luwak ataupun dikenali sebagai Kopi Musang merupakan kopi yang termahal di dunia. Mengapa? Pasti ada keistimewaannya bukan?


Istimewanya kopi ini terletak pada rasa dan cara pembuatannya. Dikatakan bahawa rasanya mengatasi apa jua rasa kopi-kopi yang ada di dunia ini. Sementara cara pembuatannya pula sangatlah unik. Bagaimana?

Kopi Luwak terhasil apabila biji kopi yang ranum dimakan musang terlebih dahulu sebelum dicernakan haiwan itu dan najisnya kemudian dipanggang. Maksudnya, kopi itu terhasil daripada najis musang. Jadi, halalkah bagi orang Islam untuk meminum kopi ini?

Di Malaysia, tidak dapat dipastikan sama ada fatwa pengharaman ada atau pun tidak. Tetapi di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia(MUI) telah mengeluarkan fatwa pengharaman bagi umat Islam Indonesia untuk meminum kopi Luwak.

Namun, fatwa itu ditarik balik. “Selepas perbincangan, MUI memutuskan tidak haram untuk umat Islam Indonesia meminum kopi Luwak,” kata Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Ma’ruf Amien dalam satu sidang media.

“Tidak haram kerana yang penting anda perlu mencuci biji kopi berkenaan bagi membersihkan najis musang itu,” katanya.

Wallahualam....

Comments

  1. kopi luwak telah disahkan haram oleh majlis fatwa malaysia. kerana ia datang dari najis, enzim2 najis sudah masuk ke dalam kopi.

    ReplyDelete
  2. bksempoi:thnx for the info...lupa nk update. artikel ni sy tulis b4 majlis fatwa malaysia mengharamkan kopi ni lg.so it is an obsolete article

    ReplyDelete
  3. klu halal pn aku x nk...
    lbh krng gak mcm kopi TAIK....
    Klu da taik...taik gak la...

    ReplyDelete
  4. aku pon xnak. dah la taik mahal pulak tu. kiranya bole dikatakan najis haiwan termahal di dunia la kan. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.