Friday, January 24, 2014

Lelaki Kelakar Seksi Di Mata Wanita





Lelaki jenis kelakar adalah pilihan ramai gadis. Betul ke?

Istilahnya, lelaki yang punya ‘sense of humor’. Mereka kelakar dan dianggap badut dalam kalangan teman-teman. Pendek kata, kehadiran lelaki jenis ini adalah dinantikan oleh teman-teman jika melepak kerana ada saja jenaka yang dilakukan untuk menghiburkan yang lain.


Namun bezanya dengan gadis, lelaki jenis ini adalah pilihan hati kerana mereka mudah didekati dan disenangi ramai orang. Bukan itu saja, mereka bijak mengambil hati dan hebat memujuk.

Lelaki komedi adalah seksi di mata perempuan dan buktinya, ramai pelawak di Malaysia sendiri mengahwini wanita jelita dan mereka bahagia membina rumah tangga.


Mudah Bina Kemesraan

Bagaimana ia boleh bermula? Persoalan biasa dan jawapannya sangat mudah bagaimana seorang lelaki bersifat sedemikian mudah memancing perhatian wanita untuk melekat dengannya.


Kalau kita berkawan dan ada pula karakter seorang teman yang kelakar, pastinya dia akan menjadi fokus utama kepada teman lain. Walaupun ada kalangan teman baru duduk semeja bersama, lebih sejam bersembang dengan lelaki jenis ini, dia sudah pandai membuatkan orang baru lain rasa selesa dengannya.

Komunikasi mereka lebih lancar dan ringan membuatkan gadis terutamanya lekas timbul rasa senang dan seterusnya serasi untuk bersembang.

Apabila sudah akrab, lelaki jenis ini adalah pilihan utama untuk gadis mendekati dan meminta pandangan. Biasa kita dengar, lelaki kelakar selalunya menjadi tempat mengadu nasib dan gadis akan meluahkan apa saja dengan mereka kerana lebih mudah dan mereka akan bijak mengambil hati gadis yang kecewa.

Jenaka mereka bersahaja dan menyenangkan. Itulah titik permulaan mengapa ramai perempuan jatuh hati dengan lelaki jenis begitu walaupun realitinya, mereka bukanlah berduit atau bergaya.




Beza lelaki kelakar dengan lelaki yang memiliki ‘sense of humour’

Lelaki kelakar adalah sentiasa menjadikan setiap percakapan atau perbuatannya menjadi lawak dan kadang-kadang menjadikan ia sebagai kerjaya. Berbanding dengan lelaki ‘sense of humor’, mereka tidak sering berlawak tapi setiap tindakannya menggembirakan dan menyenangkan hati orang di sekeliling.

Gadis-gadis sebenarnya gemar mengejar lelaki yang mempunyai ‘sense of humor’ berbanding lelaki kelakar kerana kebanyakan lelaki kelakar agak merimaskan hidup mereka. Tidak serius dengan percakapan dan perbuatan mereka tidak meyakinkan. Jika ada masalah mereka asyik berlawak tidak kira masa dan tempat.

Lantas pasangan akan menganggap lelaki jenis ini tidak bermakna kerana tidak membantu mereka dalam apa saja situasi.

Berbanding lelaki yang ada unsur ‘sense of humor’, mereka lebih rileks apabila bercakap dan memberi impak lucu kepada yang mendengar serta mendamaikan jiwa. Di dalam sesuatu hubungan, lelaki sebegini adalah satu kebaikan kepada hidup anda.

Mereka mudah membahagiakan pasangannya. Jika berselisih faham atau bergaduh, lelaki ini bijak memujuk dengan cara tersendiri dan tidak membiarkan masalah melanda tergantung begitu saja.

Ada beza sebenarnya. Kita sendiri dapat membezakan jenis lelaki kelakar ini kerana ada kalangan mereka yang agak menjengkelkan dan mengundang rasa rimas kalau tidak henti berjenaka.

Ciri-ciri yang ada pada lelaki ‘sense of humor’ adalah mereka sebenarnya ‘gentlemen’ yang mana mudah menerima kenyataan dan mendahulukan perkara sepatutnya. Tidak terlalu serius dengan kehidupannya dan tidak juga lepas tangan dengan perbuatannya.

Mereka adalah jenis lelaki yang paling layak untuk dijadikan pasangan hidup dan kerana itulah ‘saham’ lelaki jenis ini sentiasa mencanak dan menjadi rebutan ramai gadis walaupun kebanyakan mereka tidak kacak dan bukan berduit.



Mereka jenis yang mendengar dan bertindak dengan sewajarnya. Tidak mudah menjatuh hukum dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.

Lelaki yang ada elemen ‘sense of humor’ juga cepat tenang, tidak tertekan dalam hidup dan kehidupan mereka sihat kerana menerima elemen positif dan negatif dengan terbuka tanpa rungutan.

Jarang sekali kita dengar masalah lelaki jenis ini kerana apa pun yang berlaku, mereka akan sembunyikan dalam jiwa dan masalah atau konflik itu akan perlahan-lahan hilang kerana sifatnya yang tenang dan mudah menerima adalah penyelesaian terbaik.

Lelaki jenis ini juga seorang yang positif, bukan hanya berlawak kosong tapi diselitkan dengan pengajaran sekali. Selalunya pasangan akan merasa jiwanya terisi dengan kehadiran lelaki sebegini.

Justeru, selepas memahami apa yang dikatakan lelaki kelakar ini, pandang ke cermin dan fikir berkali-kali, jenis apakah anda pula? Mana tahu lepas ini boleh lebih kerap menonton program TV lawak untuk mempelajari kemahiran membuat jenaka kerana pemerhatian sudah terbukti, ramai gadis cair dengan personaliti lelaki begitu.


sumber: harian metro



Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. lelaki yang seksi itu lelaki yang taat beribadah dan baik hati

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails