Saturday, January 25, 2014

(GAMBAR) Keindahan Musim Bunga Sakura di Putrajaya, Musim Bunga Diluar Musim





Untuk melihat musim bunga Sakura di Jepun mungkin adalah terlalu jauh, malah mungkin terlalu mahal bagi sesetengah dari kita. Kini, anda tidak perlu lagi pergi jauh untuk menyaksikan semua itu, kerana semuanya kini berada di Malaysia.


Anda boleh menikmati keindahan ini di kawasan waterfront presint 3 & 4 Putrajaya. Walaupun spesies bunga ini bukanlah dari spesies bunga sakura, tetapi pemandangan yang ada di kawasan ini saling tak tumpah dengan pemandangan pokok sakura di Jepun.


Bunga yang ditanam di sini adalah dari spesies Cratoxylum formosum atau dipanggil Pokok Mempat. Menariknya musim bunga di Putrajaya kali ini berlaku di luar musim, mungkinkah atas faktor perubahan cuaca yang berlaku di Malaysia kini? 













sumber: Master Gardener PPJ



Entri-Entri Berkaitan.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails