Skip to main content

Asal Usul Terciptanya Simbol “@”





Disebut dalam bahasa Itali sebagai “snail” dan “monkey tail” dalam bahasa Belanda, simbol @ adalah elemen dari komunikasi elektronik, yang popular melalui email, twitter malah pada Facebook untuk memudahkan anda 'tag' rakan-rakan anda. Ketika ini simbol '@' bahkan telah menjadi koleksi Museum of Modern Art. Simbol @ merupakan salah satu karakter menarik pada keyboard yang masih menjadi misteri hingga sekarang. 


Salah satu teori mengatakan, biarawan pada abad pertengahan mencari jalan pintas ketika menyalin naskah, konversi dari kata latin untuk “menuju” -ad-to, huruf “a” dengan bahagian belakang “d” sebagai ekor. Atau berasal dari kata dalam bahasa Perancis “at” -à- yang disingkat. Atau simbol yang berevolusi dari singkatan “each at” dengan huruf “a” yang terbungkus.

Dokumen pertama yang menggunakan simbol ini dimulai pada tahun 1536, dalam sebuah surat Francesco Lapi, seorang pedagang dari Florentine, yang digunakan untuk menunjukkan setiap unit @ anggur amphorae yang dikirim dengan kemasan toples tanah liat berukuran besar.

Simbol ini kemudian berperanan dalam sejarah perdagangan. Para pedagang telah lama menggunakan simbol ini untuk menandakan “at rate of” seperti 12 buah @ $1. Pada mesin taip pertama, yang dibuat pada pertengahan 1800-an masih lagi belum menggunakan simbol @, demikian juga @ belum digunakan pada awal sistem tabulasi punch-card (sistem yang digunakan untuk pengumpulan dan pengolahan data penduduk AS tahun 1890), yang merupakan perintis pemerograman komputer.

Ketidak jelasan simbol berakhir pada tahun 1971, ketika seorang saintis komputer bernama Ray Tomlinson sedang menghadapi masalah yang membingungkan: bagaimana menghubungkan orang-orang yang melakukan pemerograman komputer antara satu sama lain.

Pada ketika itu, setiap programmer biasanya terhubung ke mesin utama melalui sambungan telefon dan mesin  teletype, dengan keyboard yang masih ringkas dan printer yang menjadi satu. Akan tetapi komputer tidak terhubung satu sama lain, kemudian kerajaan AS berusaha untuk mengatasi kelemahan ini dengan menyewa BBN Technologies, Cambridge, Massachusetts syarikat dimana Tomlinson bekerja, untuk membantu mengembangkan jaringan Arpanet  (sebelum wujudnya  internet).

Ray Tomlinson merupakan manusia pertama di dunia yang mengirim email

Masalah yang dihadapi Tomlinson adalah bagaimana mengirim pesanan yang dibuat oleh satu orang dan dikirim melalui Arpanet dengan seseorang di komputer yang berbeza. Alamat memerlukan nama seseorang, seperti nama pada komputer yang mungkin akan melayani banyak pengguna. Dan simbol yang memisahkan dua elemen alamat tidak siap digunakan pada penggunaan secara luas pada program dan sistem operasi ketika itu.

Pandangan Tomlinson jatuh pada @, yang terletak diatas huruf “P” pada 33 model teletypenya.

Menggunakan sistem penamaan sendiri, dia mengirimkan e-mail dengan menggunakan satu teletype di biliknya melalui jaringan Arpanet dan kembali ke teletype yang berbeza di biliknya. Tomlinson yang ketika ini masih bekerja di BBN mengatakan, dia tidak ingat apa yang pertama kali ditulis pada email pertamanya.

Ketika ini simbol @ modern telah menjadi penghubung antara manusia.


source: www.mobgenic.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.