Skip to main content

Manfaat Tidur Mengiring ke Kanan





Tidur sangat diperlukan untuk mengembalikan stamina tubuh. Pada dasarnya, sesorang tidak menyedari gerakan yang dilakukan pada waktu tidur. Posisi tidur sangat berpengaruh terhadap kesihatan. Salah satu posisi tidur yang dianjurkan adalah tidur dengan posisi mengiring ke kanan.


Barra’ bin Azib berkata, “Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم bersabda kepadaku,
‘Apabila kamu datang ke tempat tidurmu (hendak tidur), berwudhulah seperti wudhumu untuk solat, kemudian kamu tidur mengiring pada bahagian kanan’

Sabda Lainnya didasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari – Muslim)


Banyak Sekali Hikmah Dibalik Sunnah Tidur Mengiring Ke Sebelah Kanan.

Seperti dipetik dari NYTimes, pada umumnya doktor akan menyarankan para pesakit untuk tidur mengiring sehingga gaya graviti terkawal  untuk menjaga isi perut.

Tidur mengiring menghadap kanan lebih bagus dari pada menghadap kiri, kerana boleh melindungi jantung dari posisi tertindih atau tertekan organ lainnya.

Namun, tidur menghadap kiri juga boleh  memberi manfaat untuk kesihatan terutama pada mereka yang memiliki gangguan penyakit gastrik.

Fakta menunjukkan bahawa posisi tidur menghadap ke kiri sangat penting bagi orang yang memiliki gangguan penyakit gastrik seperti timbulnya rasa panas terbakar di perut (heartburn), kerana posisi yang salah boleh  membuat penyakit gastrik masuk ke kerongkong dan memicu insomnia.

Sebaliknya beberapa kajian telah menemukan bahawa tidur menghadap ke kanan akan memperburuk kondisi tersebut di atas, sedangkan jika menghadap kiri boleh membantu menenangkan.

Bagi penderita gangguan lambung, tidur menghadap kanan membuat esophageal sphincter (saluran antara perut dan kerongkongan) melemah yang membuat asam lambung naik ke kerongkongan sehingga bikin perih di lambung.

Selain itu bagi penderita gangguan penyakit gastrik, tidur dengan posisi menghadap kiri akan membuat sambungan antara perut dan kerongkong tidak terbuka meskipun kadar penyakit gastrik tinggi. Hasil kajian ini dilaporkan dalam The Journal of Clinical Gastroenterology.

Dalam penelitian lain yang dimuat The American Journal of Gastroenterology menunjukkan bahawa tidur dengan posisi mengiring ke kanan bagi penderita gastrik akan meningkatkan penyakit gastrik dan kerongkong memerlukan waktu yang lebih lama untuk menghilangkannya.


Berikut adalah manfaat dari tidur dengan posisi mengiring ke kanan:

1. Merehatkan otak kiri. Pada dasarnya, otak manusia dibahagi menjadi dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak bahagian bertugas mengawal saraf organ tubuh sebelah kiri, begitu juga sebaliknya. Dalam aktiviti seharian, kita sering menggunakan organ tubuh sebelah kanan. Dengan tidur mengiring ke kanan, maka gantian otak kiri yang mensarafkan organ tubuh sebelah kanan. Dan ini dapat menghindarkan dari bahaya yang timbul seperti pengendapan pembekuan darah, lemak, asid sisa oksidasi, dan penyempitan pembuluh darah.

2. Mengurangi beban jantung. Dengan posisi mengiring ke kanan ketika tidur dapat membuat darah tersebar secara merata dan terkonsentrasi ke tubuh bahagian kanan. Hal ini membuat aliran darah yang masuk dan keluar jantung lebih melambat sehingga denyut jantung lebih lambat dan tekanan darah akan menurun. Tidur mengiring ke kanan membuat jantung tidak tertimpa orang lain kerana posisi jantung lebih condong ke sebelah kiri.

3. Merehatkan usus perut. Apabila seseorang tidur degan posisi mengiring ke kiri dapat menyebabkan chime ( makanan yang dicerna perut yang bercampur asid gastrik) akan terganggu dan akan memperlambat proses pengosongan usus.

4. Mencegah batu karang hempedu. Dengan tidur mengiring ke kanan menyebabkan aliran chiem lancar sehingga cairan hempedu meningkat. Hal ini dapat mencegah batu karang hempedu.

5. Meningkatkan waktu penyerapan gizi. Saat tidur akan akan terjadi pergerakan usus yang meningkat. Dengan posisi tidur mengiring ke kanan akan membuat perjalan makanan yang tercerna lebih lama, sehingga penyerapan sari makanan lebih optimal.

6. Merangsang buang air besar. Dengan tidur mengiring ke kanan akan membuat proses pengisian usus besar lebih cepat penuh sehingga merangsang gerak usus besar dan relaksasi dari otot anus. Ini akan merangsang untuk buang air besar.

7. Merehatkan kaki kiri. Dalam aktivitis seharian kita cenderung menggunakan kaki sebagai pusat pembeban sehingga kaki cepat merasa lenguh. Dengan tidur mengiring ke kanan akan membantu pengosongan vena kaki kiri sehinnga rasa lenguh lebih cepat hilang.

8. Menjaga kesihatan paru-paru. Paru-paru kanan lebih besar daripada paru-paru kiri. Saat tidur mengiring ke kanan, jantung juga akan condong ke kanan. Hal ini tidak menjadi masalah kerana jantung akan menekan paru-paru kanan yang ukurannya lebih besar.

9. Menjaga saluran pernafasan. Dengan tidur mengiring ke kanan akan mencegah jatuhnya pangkal lidah yang dapat mengganggu saluran pernafasan.



Subhanallah.. alhamdulillah ..
Selalu tersimpan hikmah yang baik, atas setiap perintah / ajaran Rasulullah SAW yang kita cintai. 



source: http://absoluterevo.wordpress.com



Comments

  1. subahanallah.. semua ajaran islam memang mengandung manfaat yang luar biasa !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.