Skip to main content

Keanehan Pulau Socotra di Yemen - Pulau Dimana DAJJAL Dirantai?





Dunia menyebutnya sebagai pulau Alien, makhluk yang hidup di pulau ini serba aneh dan tidak ditemukan di tempat lainnya. Pulau ini dikatakan begitu indah, namun sama sekali tak tersentuh oleh dunia luar, hingga UNESCO menganugerahkannya sebagai salah satu Lokasi Warisan Dunia.


Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.

Pulau Socotra adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan  Hindi, sekitar 80 km sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab. Kawasannya masuk dalam wilayah Republik Yaman.


Berada disini seperti berada di planet lain, indah namun terkesan sangat aneh. Teori sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal makin kuat jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya bahawa Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman.

Menurut penelitian sejumlah pakar, Pulau Socotra merupakan pulau yang terbentuk sejak jutaan tahun silam dengan bentuk asli seperti itu, tak terusik oleh gerakan geologi dari wilayah bumi lainnya. Kerana kewujudannya yang terasing dari dunia luar, maka makhluk hidup yang ada di pulau ini bersifat endemik iaitu tidak ditemui ditempat lain di dunia ini.

Seperti dikutip dari Socotraislandadventure.com, dalam dunia pelancongan pulau Socotra dijuluki sebagai Dunia Yang Hilang. Flora dan fauna di pulau yang mulai menjadi destinasi baru di Timur Tengah ini nampak aneh. Setidaknya ada 900 jenis tanaman aneh disini.


Lihat saja pohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) yang menjadi ikon khas pulau ini. Disebut darah naga kerana getah pohon yang berbentuk payung raksasa ini berwarna merah. Konon getah pohon ini diburu orang sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang pelik (punica protopunica).











Tak hanya flora, pulau ini juga memiliki fauna-fauna yang cantik namun aneh, ada spesies burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra Sparrow Passer Insularis,dan Grosbeak Socotra Rhynchostruthus Socotranus. Ada juga Burung Penyanyi Socotra, incana-incana.

Kelawar adalah satu-satunya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini bahkan memiliki spesies endemik terumbu karang.





Apa kaitan pulau ini dengan Dajjal?


Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri sedang cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''.

Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah menyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.

Bentuk Fizikal Dajjal

Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya,"Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?" Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi."apakah tanda engkau akan bebas?" Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.[Saya rasa maksud jawapan Dajjal itu ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum lelaki..bebas berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita lihat pada zaman sekarang-wallualam].

Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w". Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda sambil tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak!".

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal".


Pulau Socotra-Yaman

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.


Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari.

Di pulau yang tidak berpenghuni itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu". Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini".

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

"Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu...?

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”


Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. "Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata": “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal".

"Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam.


sumber: http://www.sayangi.com, http://wanhayden1040.blogspot.com


Comments

  1. mudah2an jangan dulu keluar dajjal sekarang...

    ReplyDelete
  2. Moga cerita ni dapat kita kongsi

    ReplyDelete
  3. Moga cerita ni dapat kita kongsi

    ReplyDelete
  4. Klo bener socotra adala "pulau dajjal" pantesan Amerika sangat ngebet ingin menguasai pulau ini

    ReplyDelete
  5. memang aneh tak ada di negara lain

    ReplyDelete
  6. Bab kejadian pulau memang teruja sangat....tapi bab Rasulullah bersemuka dengan dajjal...adalah cerita palsu kecuali kisah yahudi menceritakan kepada Rasulullah hal beliau menjumpai dajjaldi sebuah pulau. Kita boleh baca di atas Rasulullah bertembung dengan seorang budak itu dajjal....kini usianya 2700 tahun sedangkan Rasulullah hidup pada 1500 tahun. Nampak tak tak logik ceritanya.

    ReplyDelete
  7. Maaf ada kekeliruan cerita ini pada bahagian Bentuk Fizikal Dajjal..

    Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua.

    Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal".

    Persoalan disini..
    Adakah tamim telah terjumpa pulau ini selepas kewafatan Rasulullah SAW?
    Sedangkan pada perenggan dibawah sekali anda menyatakan Rasulullah SAW ingin memberitahu sahabat tentang Tamin berjumpa dajjal..

    ADAKAH CERITA INI REKAAN ATAU COPY N PASTE??????

    ReplyDelete
  8. Macamana ni? Kejap kata jumpa lepas Rasulullah wafat. Kejap kata Rasulullah sampaikan di mimbar?

    Tolong pastikan kesahihan!!!!

    Jangan berdusta atas nama Nabi kesayangan kami!!!

    "Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya,"Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?" Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

    Tamim bertanya lagi."apakah tanda engkau akan bebas?" Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.[Saya rasa maksud jawapan Dajjal itu ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum lelaki..bebas berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita lihat pada zaman sekarang-wallualam].

    Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.

    Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w". Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda sambil tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak!".

    Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

    Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal".

    ReplyDelete
  9. rujuk sahih Muslim Hadith 7028

    ReplyDelete
  10. Yang penting sekarang,kiamat adalah pasti,keluarnya dajjal laknatullah juga benar belaka,jadi..dimana dajjal berada bukan persoalannya,adakah kita bersedia dengan kehadirannya sedangkan fitnah kecil dajjal laknatullah yg berlaku didepan mata kita sekarang pun sudah mengoncang dunia,fitnah dajjal sangat hebat"perbanyakkan membaca surah al-kahfi"::.berdoa kepada Allah::.hanya itu sahaja caranya untuk selamat~

    ReplyDelete
  11. Betul ke cerita kau nie??Dajal xboleh masuk hanya di dua tempat iaitu makkah & madinah. Jadi macam mana dalam cerita kau dia boleh berada di madinah?? Lagi satu bani tamim jumpa dajal.di satu pulau ketika Rasulullah masih hidup.

    ReplyDelete
  12. Yup hanya dua tempat dia x dpt pegi.......dan satu lgi chek btul dlm sahih muslim........

    ReplyDelete
  13. Sentiasalah muhasabah diri dn ingt mati itu pasti

    ReplyDelete
  14. Mmm..tamin bertemu dajal sebelum masuk islam dan die bercerita pada nama muhammad s a w..nabi mengakui cerita tamin dan bercerita mengenai dajal pada sahabat lain mengenai tamin berlayar dan kapal mereka hanyut ker sebuah pulau..di situ ade makhluk berbulu boleh berckp dan makhluk itu menyuruh mereka bertemu manusia dalam gua..selepas 3 pertanyaan pada tamin,org itu mengaku dajal..

    ReplyDelete
  15. Inilh persilisihan pndpt, yg psti dajal n kiamat itu akn ade.

    ReplyDelete
  16. Cerita ini tu flashback.. Jadi tamim ketemu dajjal pas masih nasrani kemudian dia masuk islam menemui nabi muhammad dan ceritain tentang dia ketemu dajjal..

    Kalo soal dajjal telah hidup 2500 thn mungkin aja kenapa enggak..

    ReplyDelete
  17. wallohualam hanya alloh yang tau

    ReplyDelete
  18. jaman sekarang sudah banyak bermunculan tanda" kedatangan dajjal

    ReplyDelete
  19. Terimakasih infonya min , dan mohon izin ane mau nyempilin link kesehatan ane dibawah ini , mohon pengertiannya :)

    Nyeri haid
    Nyeri Usus
    infeksi usus
    Obat Jantung
    obat kulit

    ReplyDelete
  20. Terimakasih atas informasinya,saya suka artikel ini,Good luck.

    ReplyDelete
  21. ohh itu ya informasi terbarunya semoga dapat bermanfaat
    terus update informasi terkininya ya kepada kami ,, sukses terus

    ReplyDelete
  22. saatnya manusia kini berwaspada,dajjal mau keluar

    ReplyDelete
  23. hanya iman yg kuat dan amal shaleh yg banyak yang sanggup bertahan darinya

    ReplyDelete
  24. apa bener pulau ini tempat di rantainya dajal.?

    ReplyDelete
  25. siang di tunggu terus sajian infromasi terbarunya dari situs ini
    sukses ya ,, salam kenal .. semoga harinye menyenangkan

    ReplyDelete
  26. With the full support of people nearby so can the spirit? thank you very much for helping

    ReplyDelete
  27. Zest for lunch today? Thank you for the information

    ReplyDelete
  28. Working all out to cultivate the spirit certainly can to achieve what we yearn

    ReplyDelete
  29. Thank you for providing this useful information that we will wait for further information

    ReplyDelete
  30. Thank you very much for today because it has provided a very useful information .

    ReplyDelete
  31. Terimakasih sudah berbagi ilmunya .. sangat-sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  32. With the inspiration hopefully the work will be finished soon? Website that is very nice thank you for presenting it.

    ReplyDelete
  33. selamat beraktifitas kembali ,, situs anda memang yang terbaik

    di tunggu lagi lagi dan lagi informasi terbarunya ya

    ReplyDelete
  34. which comes from natural ingredients that are absorbed by the body so that the healing process of disease
    will be faster and safer . 100 % herbal and quality

    ReplyDelete
  35. Delighted with the site this one because it always presents the latest information thanks .

    ReplyDelete
  36. mana berita terbarunya dari situs ini ??
    di tunggu ya ,, semoga secepatnya informasi terbaru di saji di situs ini ,, salam kenal
    sukses

    ReplyDelete
  37. It is a day that is so overjoyed that has been presented with enough information interesting.

    ReplyDelete
  38. selamat siang selamat beraktifitas kembali ,, di tunggu lagi informasi terbarunya

    salam kenal ,, sukses ,, situs anda memang yang terbaik !!!!!!!!

    ReplyDelete
  39. Serving in your website is very helpful ,, hopefully other updates can be given also to us ya ..
    continued success ya..salam know

    Obat Herbal Infeksi Paru Paru Ampuh
    Liver
    Buah Vitalitas

    ReplyDelete
  40. Berita yang anda sajikan sangat bermanfaat..semoga berita lainya juga
    anda bisa berbagi..sukses

    ReplyDelete
  41. Until this afternoon we will always be waiting for more information thank you .

    ReplyDelete
  42. We will always wait for more information on tomorrow .

    ReplyDelete
  43. di tunggu lagi informasi terbarunya dari situs ini ya,,
    situs anda memang luar biasa ,,sukses selalu
    Ovary Nutrition Capsule
    Cara Alami Mencegah Penurunan Daya Penglihatan Aman

    ReplyDelete
  44. News that you serve on a Friday is very helpful at all thank you .

    ReplyDelete
  45. benar dajjal itu akan muncul,namun masih di rahasiakan tempat persembunyiannya

    ReplyDelete
  46. tinggallah beberapa waktu lagi jelang dajjal akan segera muncul

    ReplyDelete
  47. bersiaplah dengan perbanyak amalanmu yang baik karena hanya itu yang bisa menyelamatkanmu

    ReplyDelete
  48. The information you provide on this morning so very interesting and we say thank you .

    ReplyDelete
  49. Terima kasih artikelnya akhi, sangat bermanfaat sekali

    ReplyDelete
  50. Terimakasih banyak informasinya sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  51. mari kita jaga keimanan kita kepada allah dan kita berdo'a agar di jauhkan dari dajjal la'natullah

    ReplyDelete

  52. We always wait for the offer of other information besides that you can also visit our article
    Bahaya Mata Merah

    ReplyDelete
  53. This article is very interesting. thank you for allowing me to comment
    Tanaman Alami Untuk Mengatasi Mata Minus

    ReplyDelete
  54. thanks for information, may be useful...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.