Skip to main content

Benarkah Wanita Lebih Suka Lelaki Yang Lebih Tinggi Daripadanya?






Menurut sebuah penelitian, wanita tertarik dengan lelaki tinggi kerana dianggap lebih kuat dibandingkan lelaki yang bertubuh pendek. 


“Dalam perspektif teori seksual, wanita lebih tertarik dengan lelaki yang kuat, kerana lelaki yang kuat dianggap dapat melindungi dia dan anak-anaknya,” kata Dr David Carrier, ketua penelitian ini.

Dari perspektif evolusi, wanita jelas tertarik dengan lelaki yang kuat juga. Pada zaman dahulu, lelaki yang bertubuh gagah dan kuat biasanya menang ketika bertanding mendapatkan perempuan.

“Dalam evolusi manusia, lelaki yang tinggi dan kuat dapat mempertahankan 'sumber daya alam' yang dimiliki ketika sudah tua,” kata Carrier. Hal ini, menurut Carrier, dapat menjawab mengapa wanita lebih suka lelaki tinggi.

Carrier melakukan penelitian ini juga mengukur tahap kekuatan lelaki dalam hal memukul dan hasilnya lelaki tinggi rata-ratanya lebih kuat.


Beberapa pakar bagaimanapun tidak sepakat dengan Carrier. Menurut mereka wanita  memilih lelaki tinggi bukan kerana faktor kekuatan tetapi kerana memiliki gen yang bagus.

Carrier tak bersetuju. Menurut beliau, jika itu sebabnya, maka lelaki juga akan  tertarik dengan perempuan tinggi.

“Kenyataannya tidak, lelaki tertarik dengan wanita yang kurang-lebih sama atau lebih pendek darinya,” kata pengajar di Universiti Utah  ini.



p/s: wahai wanita-wanita di luar sana, apa pula pendapat anda?




Comments

  1. haha betul lah tu. most woman including me prefer lelaki lagi tinggi dari dia. nampak protective, gagah dan perkasa gittew.

    ReplyDelete
  2. En billy, tp knpa ramai yg sukanprmpuan tnggi yer skrg? Mostly yg sy jmpe ckp cmtu.

    ReplyDelete
  3. setuju, selain lebih kelihatan gagah jg untuk memperbaiki keturunan...!!!
    kalau cowoknya lbh pendek dilihatnya aneh jg...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.