Skip to main content

Alhamdulillah...Terima Kasih, Billy Info Kini Sudah Dilawati Lebih 10 Juta Kali!





10 juta kali fikir pun, Encik Billy masih sukar nak percaya yang blog ini sudah dilawati lebih 10 juta kali. Rasa macam tak logik pun ada, tapi itulah kenyataannya membuatkan Encik Billy rasa sangat terharu.


Perjalanan Billy Info bukanlah mudah. Ia mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai pageviews seperti ini. Ia hanyalah blog kecil-kecilan pada awal penubuhannya berdasarkan minat Encik Billy terhadap fakta-fakta menarik, serta info yang pelik, luar biasa dan macam-macam lagi.

Angka 10 juta pageviews, dengan kira-kira 10-15 ribu pengunjung sehari serta sekitar 350ribu pengunjung sebulan, mungkin bagi sesetengah blog yang sudah popular adalah satu angka yang kecil sahaja. Namun ia adalah pencapaian luar biasa bagi Encik Billy kerana ini hanyalah blog yang 'kecil-kecilan'. 

Tentu sahaja, ia tak dapat dicapai tanpa adanya sokongan korang semua; pengunjung setia Billy Info. Bayangkan blog yang 'kecil-kecilan' ini turut mempunyai pengikut fanpage Facebook yang kini berjumlah lebih dari 16ribu orang! What should i say? Terima kasih! Kerana koranglah blog ini masih di sini. 


Semoga Billy Info akan terus sukses dan menempa rekod-rekod yang lebih besar pada masa akan datang. Itu harapan Encik Billy. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih untuk kali ke 10 juta kali!!




Comments

  1. eleh tapi kalau info sangkut2 kejap ada kejap tak ada, tak syok juga en billy oii. minggu ni satu artikel ja hang post. penat den tunggu =,=

    ReplyDelete
  2. congratulations to billy info .......tq sbb slalu hantar post yg menarik moga billy info akan tetap maju GOOD LUCK....

    ReplyDelete
  3. Terus kan lg usaha mu encik billy..

    ReplyDelete
  4. wow.. congrulation cik !!!! semangat terus untuk selalu update berita menariknya !

    ReplyDelete
  5. jgn samakan pageview dgn unik visitor :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.