Skip to main content

Rumah Terbalik di Sabah Yang Unik dan Memeningkan!






Bayangkan bagaimana sekiranya anda berada di dalam sebuah dunia yang terbalik. Lantai di atas kepala , bumbung pula di kaki. Tentu pening dibuatnya.


Sesiapa yang melalui Batu 21 Jalan Berungis -Tamparuli di Sabah, sudah pasti tidak terlepas pandang akan keunikan sebuah rumah dengan reka bentuk tempatan masyarakat Kota Belud - iaitu rumah terbalik pertama di Malaysia.


Info Ringkas:
  • Rumah seluas 1,500 kaki persegi itu seperti kediaman biasa, dilengkapi dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu beranda, ruang dapur dan tandas. Bezanya semua itu dibina terbalik iaitu  dengan keadaan bumbung di bawah dan lantai di atas.
  • Rumah berkenaan yang turut senget sebanyak tiga darjah pastinya amat berbeza kerana ia akan mencabar logik minda setiap pengunjung.
  • Rumah Terbalik di laluan utama ke Kundasang dan Ranau itu dibuka setiap hari kepada pengunjung dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
  • Pengunjung akan bertambah pening sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu rumah berkenaan kerana segala peralatan seperti kerusi sofa, baju sidaian dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik.
  • Peralatan lain termasuk almari, lubang tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya berada di siling pula ada di kaki anda. Semuanya betul, bukan replika.
  • Pembinaan rumah istimewa ini mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya menelan kos kira-kira RM1.2 juta. 
  • Tiket masuk yang dikenakan kepada pengunjung RM18 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak manakala individu yang menunjukkan MyKad hanya dikenakan bayaran RM10 bagi dewasa.


Lagi gambar-gambar menarik:










sumber: utusan malaysia
sumber gambar: google image

Comments

  1. Yaii...tak tau pun begitu keadaan dalamnya...padahal rumah ni beberapa meter saja dari rumah...hoho..tiap hari lalu lalang kat sana tp tak terfikir nak masuk..mungkin sebab sy ni local kot..

    ReplyDelete
  2. x tersimbah ke air jamban tu kat muka?? hahaha...

    ReplyDelete
  3. serasa pusing kalau masuk tu rumah,tak tahu harus menginjak dimana

    ReplyDelete
  4. mesti rasa cam cicakman... sbb kita duduk kat siling rumah

    ReplyDelete
  5. Eh2 si akak tu,sedap je dok bwh krusi meja,lau jatuh mau pecah kpala hahaha

    ReplyDelete
  6. siuk ney tmpt.jom pigi sana.sia sdh pigi.hehehehe...............

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.