Skip to main content

Fakta Tentang Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg


Baru-baru ni kecoh di ruangan Facebook tentang penjualan air tin Jolly Shandy yang mungkin boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia. Sekarang ini ianya dijual dalam bentuk hampir sama dengan tin minuman biasa seperti F&N, Coca Cola dan lain-lain. Di 7E pun dah ada dijual sekarang. Ianya arak, bukan minuman biasa.



Fakta ringkas tentang Jolly Shandy:
  • Jolly Shandy ialah air minuman tin beralkohol rendah (arak) yang dikeluarkan oleh Syarikat Carlsberg sejak tahun 2007 lagi.
  • Menariknya, walaupun syarikat ini berpangkalan di Eropah, minuman Jolly Shandy ini dicipta khas dan dikeluarkan dikilangnya yang terletak di Shah Alam, Malaysia. 
  • Minuman ini turut di eksport ke negara-negara Asia yang lain.
  • Kandungan alkohol dalam Jolly Shandy adalah pada kadar 1% dan mempunyai beberapa perisa antaranya Lemon, Orange, Lychee, Apple dan Pineapple.
  • Ingredients: Water, sugar, beer, citric acid, flavouring, colour, carbon dioxide, ascorbic acid, vitamin C and stabilizer.
  • Minuman ini baru-baru ini dilancarkan semula dengan rasa yang dipertingkat dan dalam packaging yang baru bersaiz air tin biasa 320 ml. 







    Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan “Contains alcohol” hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

    Mungkin pada kadar 1% alkohol, ia tidak akan memabukkan. Namun bagi kita umat Islam, adalah haram hukumnya meminum arak walaupun hanya setitik sahaja tetaplah haram. 


    sumber: http://www.carlsberggroup.com


    Comments

    1. boleh mengelirukan terutama kpd kanak2..

      ReplyDelete
    2. Kena berhati2..setengah peruncit main cmpr je halal hrm dlm satu peti sejuk

      ReplyDelete
    3. aku mmg dah tahu bende ni arak dari dulu.. mmg ada tulis beer pon kat tin tu... lain kali nk beli, baca label betul2, bukan terus amek beli... ini adalah bagus untuk melihat sama ada pengguna itu membeli dengan bijak atau membuta-tuli...

      ReplyDelete
    4. terima kasih atas infonya sanga menarik sekali,, sukses slalu buat websitenya

      ReplyDelete
    5. Bawah tin 2 kt muka dpn bsar2 tulis lemonade&beer.xkn xphm2 lg haram,smpai kne check label kcik kt blakang?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Root beer pun terang2 tulis beer.tp tak haram minum. Mmg boleh terkeliru..

        Delete
    6. rasa dari 2004 ke 2006 dah ada air ni.. member cakap jolly tu arak dia terbeli dia ingat air apa... balik rumah ayah dia kata tu arak.. adoi lawak cerita dia.. hahahhaa

      ReplyDelete

    Post a Comment