Skip to main content

Hotel Terbesar di Dunia Binaan Nazi Yang Tak Pernah Digunakan



Dengan jumlah 10 ribu buah bilik, ia adalah calon hotel terbesar di dunia, namun sayangnya blok-blok bangunan hotel ini tidak pernah langsung didiami!



Fakta ringkas:
  • Hotel yang dikenali dengan nama Prora Hotel ini terletak di perairan pantai sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman dan dibina semasa pemerintahan pihak Nazi.
  • Hotel ini mempunyai 10 ribu buah bilik yang dapat memuatkan 20 ribu penghuni dalam satu-satu masa. 
  • Ia mula dibina pada 1936 dan siap pada 1939 yang menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja. Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini tidak pernah digunakan. 
  • Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi para pekerja Jerman untuk menyebarkan propaganda Nazi. Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran.
  • Namun rancangan itu gagal apabila perang bermula. Pembinaannya terbengkalai akibat perubahan dasar oleh Hitler yang memindahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemunde untuk membina V-Weapon untuk berperang dengan pihak Allied.

Lagi gambar-gambar menarik:








source: blogapaaja, amuzingplanet



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.