Skip to main content

Sekolah Khas Untuk Pelacur Dibuka di Belanda



Seorang wanita bekas pelacur di Belanda menubuhkan sebuah sekolah khas untuk belajar menjadi pelacur. Ia dikenali dengan nama Hanky Panky School. Kurikulumnya disusun khas agar para lulusannya dapat menjalankan pekerjaannya secara lebih profesional dan tentunya memperoleh lebih banyak wang pendapatan.


Pengasasnya, Elene Vis (43) membuka sekolahnya di Amsterdam beberapa waktu lalu yang menawarkan Ilmu Pemasaran Eksklusif.

“Anda boleh menyebutnya teknik pemasaran. Anda harus mempunyai keterampilan menjual, tidak kira sama ada yang anda jual tubuh sendiri atauperkakas  rumah tangga. Prinsipnya tetap sama sahaja,” kata Elene.

“Kami memberikan training untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan wang lebih banyak dari pekerjaan mereka,” katanya.

Elene mengatakan bahawa para pekerja seks komersial yang bekerja melalui agensinya boleh mendapat 6000 Euro setiap bulan, dengan hanya 40 jam kerja. Itulah sebabnya dia mendirikan sekolah tersebut. 


Dengan yuran 450 euro seorang, setiap pelajar akan diberi pendidikan dalam bentuk tutorial dan video  tentang berfikir positif dan teknik-teknik bercinta, termasuk subjek Kama Sutra. Menurut Elene, cara berfikir positip dan rasa percaya diri amat penting untuk membuat klien lebih yakin dan menghabiskan waktu lebih lama. “Seks 10 minit tidak akan menghasilkan banyak wang,” katanya.

Belanda memang dikenali sebagai negara yang 'menghalalkan' industri seks sejak tahun 1988, beberapa lokasi di ibu kota menjadi tujuan utama pelancong dalam dan luar negera yang menyumbang jutaan euro setiap tahun. Sektor ini juga penyumbang cukai dan KDNK yang cukup besar bagi Belanda.


 source: kaskus.id

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.