Skip to main content

(GAMBAR) Sekitar Pertandingan Miss World 2013 versi 'SOPAN' di Indonesia





Pertandingan Miss World 2013 telah rasmi dibuka di Nusa Dua Bali, Indonesia baru-baru ini.


Pertandingan itu berlangsung dengan kawalan ketat pihak keselamatan akibat siri protes berpanjangan oleh sejumlah kelompok organisasi masyarakat Indonesia yang menentang acara itu.

Peserta pertandingan dari 120 negara ini juga mengenakan pelbagai baju daerah Indonesia pada malam pembukaan. Pihak penganjur memberi jaminan bahawa tidak akan diadakan sebarang acara bikini, menjadikannya pertandingan 'paling sopan' dalam sejarah penganjuran Miss World.

Miss World 2013 akan diselenggarakan bermula 8 hingga 25 September di Nusa Dua Bali.

Final pada mulanya akan dilangsungkan di Sentul, Bogor pada tanggal 28 September, tetapi di atas siri protes yang berpanjangan, pihak penganjur kemudian memutuskan babak final juga akan digelar di Bali.


Miss Indonesia, Vania Larissa, Miss Puerto Rico, Nadyalee Torres, Miss Sepanyol, Elena Ibarbia Jimenez and Miss Cameroon, Denise Valerie Ayena berjalan di panggung pada malam pembukaan.


Pihak penganjur mengatakan pertandingan ini akan membantu promosi pelancongan Indonesia kerana selain peserta, acara ini juga dihadiri ratusan wartawan dari pelbagai penjuru dunia.


Lagi gambar-gambar menarik:







source: http://absoluterevo.wordpress.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.