Skip to main content

Samsung Galaxy Gear, Jam Tangan Touchscreen Yang Canggih Daripada Samsung





Produk terkini yang bakal dilancarkan Samsung adalah Samsung Galaxy Gear Smartwatch, sebuah jam tangan pintar yang lengkap dengan teknologi terkini seperti sebuah telefon bimbit. Ia dilancarkan Samsung sebagai upaya menyaingi Apple, yang khabarnya akan turut melancarkan jam tangan pintar iWatch pada awal tahun depan.


Untuk tujuan itu, Samsung bakal melancarkan produk ini lebih awal berbanding Apple sebagai strategi menguasai pasaran awal. Model kali ini khabarnya bakal diperkenalkan secara rasmi ketika pelancaran Samsung Galaxy Note III pada awal September depan. 


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh SamMobile baru-baru ini, Smartwatch Samsung Galaxy Gear yang bakal dikeluarkan nanti akan dipasarkan dalam lima pilihan warna yang berbeza iaitu putih, oren, kelabu, hitam dan putih keemasan.



Sesuai dengan sebutan namanya iaitu Gear atau Aksesori, Smartwatch yang didasarkan pada sistem operasi Android ini berfungsi sebagai aksesori atau pelengkap yang akan mendukung pengoperasian siri Android Samsung Galaxy. Bagi menambahkan lagi kehebatan sistem perhubungannya, smartwatch canggih ini didukung sepenuhnya dengan sambungan Bluetooth LE dan juga aplikasi Watch Manager.




Malah model ini sendiri dikatakan bakal dilengkapi dengan skrin OLED boleh lentur berukuran 2.5 inci, kamera, accelerometer dan NFC.


 source: gsmarena, berita harian



Comments

  1. Nice one.. Agak2 brape lar hrga dia nanti..haha..

    ReplyDelete
  2. Semakin canggih saja teknologi dunia ini.

    ReplyDelete
  3. ingin memiliki tapi takut ade sideeffect kat tubuh badan esp kat heartbeat....kan kita pkai jam kat pegelagangan tangan tuh nadi kita..kang meletup..huhu

    ReplyDelete
  4. Jadi fungsi utama produk ini apa yaa....
    Sebagai penunjuk waktu atauuu....hehe
    Anyway....mau jugalah klo ada yg ngasih mah.... :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”