Anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Qurei memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO itu turut menyelar dasar Israel yang bertujuan untuk melanggar dan memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut.
"Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya melindungi kesucian Baitulmaqdis terutamanya Masjid al-Aqsa yang kini semakin terancam akibat perbuatan biadab golongan Yahudi," tegasnya dalam laporan Press TV.
Sejak beberapa dekad lalu, Israel cuba untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan membina penempatan haram Yahudi dan turut mengusir penduduk Palestin.
Difahamkan, rejim Zionis sengaja meluaskan projek penempatan haram mereka susulan daripada kejayaan Palestin menaik taraf status mereka kepada pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), November lalu.
Pada 19 Julai lalu, Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan garis panduan melarang 28 negara anggotanya membiayai projek penempatan haram di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Bukit Golan yang diduduki Israel selepas Perang Enam Hari pada 1967.
Garis panduan itu adalah sebahagian daripada rangka kerja kewangan 2014-2020 melibatkan kerjasama EU dan Israel dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi dan kebudayaan.
p/s: Kita,umat Islam marahkan Israel, kerana hendak memusnakan Islam, tetapi sebilangan umat Islam di seluruh dunia, termasuk kita rakyat Malaysia, telah membantu Israel dengan wang pengaruh kemodenan dunia kapitalisme; kita membeli barangan, kenderaan, produk IT, gadget, rokok , makanan, menonton tv, filem dari hasil usaha dan perdagangan mereka. Pada hakikatnya, kita adalah sebahagian dari manusia - manusia di dunia yang membantu Israel untuk memusnahkan Islam.
sumber: sinar harian
Senang tekah berkunjung ke website ini,karena selalu menyajikan berita yang up to date
ReplyDeleteobat tifus.
obat turun panas.
obat batu ginjal.
obat batu empedu.
negaranya kecil,pengikutnya besar2...
ReplyDeleteowh,
ReplyDeletemakasih nih artikelnya.