Skip to main content

Secara Purata 5 Janin Dibuang Setiap Tahun Ke Dalam Sistem Kumbahan di Malaysia





Malaysia membuang sejumlah 60,000 tan sampah yang boleh diisi hampir 25 kolam renang bersaiz Olimpik dalam sistem rawatan kumbahan setiap tahun.


Walaupun proses rawatan di bawah Indah Water Konsortium (IWK) direka untuk berurusan dengan bahan buangan domestik, keadaan sampah-sarap yang tersumbat dalam paip dan loji rawatan termasuk barangan buangan plastik, lampin, tuala wanita dan kondom.

Lebih menyedihkan, IWK juga menjumpai beberapa mayat janin dalam loji rawatan, yang masih mempunyai tali pusat. Secara purata, terdapat lima penemuan itu dalam setahun.

"Ia biasanya ditemui dalam keadaan reput dan kadang-kadang tanpa kaki," kata Ketua Komunikasi IWK, Azzatullina Pawanchik.

Pekerja IWK juga menemui janin dibuang semasa pemeriksaan paip tersumbat di beberapa bahagian.
Azzatullina berkata, IWK biasanya akan membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan itu.

Beliau berkata, terdapat 20,000 kes paip pembetung tersumbat dilaporkan tahun lalu, sambil menambah bahawa IWK terpaksa membelanjakan sebanyak RM16 juta untuk membersihkannya dan RM8 juta lagi untuk membuang tan sampah dari loji rawatan kumbahan.

"Bagi memastikan paip pembetung tidak tersumbat, kita perlu menggunakan tekanan tinggi, mesin penjana berkuasa untuk menangani beberapa yang tersumbat.

“Langkah ini memerlukan keadaan peralatan bersesuaian, termasuk kamera litar tertutup (CCTV) dan tenaga kerja mahir, "kata Azzatullina.

Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai memainkan peranan mereka untuk tidak membuang benda asing sebarangan ke dalam tandas.


P/S: hari tu masa kes bayi dibuang ke dalam sistem kumbahan di china, ramai yang mengutuk dan mengeji...ternyata kes seperti ini juga ada kat Malaysia, malah dengan statistik yang tinggi pulak tu


sumber: mstar


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.