Skip to main content

Alasan Mengapa Gajah Takut Kepada Semut





Percayakah anda gajah yang bertubuh besar takut dengan semut? 


Berdasar kisah di savana Afrika, semut berjaya menakutkan gajah dengan memasuki belalai mereka yang sensisitif. Ini berawal dari penemuan berupa koloni semut yang bertindak sebagai pengawal yang 'mengawal' tumbuhan pertanian bagi mencegah serangan gajah.

Dr Todd Palmer, Pengarah Pusat Kajian Mpala, Kenya dan Universiti Florida mengibaratkan cerita gajah dan semut seperti legenda Daud dan Goliath. Menurut dia, semut berjaya menakutkan gajah dengan menghuni pokok.

Berkat itu pula, semut turut mempengaruhi ekosistem di mana mereka tinggal."Koloni semut memiliki berat masing-masing 5 mg.

Dengan berat koloni seperti itu membuat pokok tersebut terlindung dari binatang berukuran satu billion kali lebih berat dari mereka. "Ini merupakan salah satu contoh bagaiamana hal-hal kecil mempengaruhi dunia.

Ketakutan gajah dengan tikus telah lama menjadi kisah utama serial Dumbo, kartun klasik Disney era 1940-an. Seiring sejalan, para pakar mempersoalkan kebenaran ketakutan gajah terhadap tikus.

Sedangkan cerita ketakutan gajah dan semut hanya mula kedengaran dari kajian yang dilakukan Palmer dan pasukannya ketika mereka melihat beberapa ekor gajah berlari menghindari pokok Akasia. Ketakutan gajah yang disaksikan Palmer saat itu ibarat kanak-kanak yang lari ketika disuruh memakan sayur-sayuran hijau.

Dr Todd Palmer mengatakan gajah tidak menyukai gerombolan semut masuk ke dalam belalainya.

Perlu anda tahu, belalai gajah merupakan organ yang luar biasa.Namun, gajah tidak berani menggunakan belalainya untuk menghancurkan koloni semut , katanya.

Hasil dari penemuan itu, Palmer menyimpulkan koloni semut telah membantu mencegah penggondolan hutan dan melindungi tanaman pertanian di Afrika.

 "Masalah utama hutan di Afrika Timur adalah serangan yang dilakukan gajah, Disebabkan itu, gajah banyak diburu dan dibunuh," ujarnya




sumber:http://www.tamoranews.com

Comments

  1. Wah saya baru tau nich kalau koloni semut telah membantu mencegah penggondolan hutan dan melindungi tanaman pertanian di afrika

    ReplyDelete
  2. mungkin bukan hanya mitos gajah takut semut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.