Skip to main content

7 Negara Yang Paling Sering Dikunjungi UFO





Kewujudan alien di dunia ini sehingga sekarang masih menjadi misteri namun sebilangan orang pernah melaporkan kejadian kemunculan alien ataupun UFO di kawasannya. Daripada pelbagai hasil laporan, 7 negara berikut memiliki data statistik tentang kunjungan alien atau kemunculan UFO terbanyak. 


1. Amerika Syarikat
 
Dikatakan antara lima hingga sepuluh peratus dari populasi Amerika telah melihat apa yang mereka gambarkan sebagai UFO. Amerika Syarikat juga memegang rekod jumlah tertinggi tentang laporan penculikan oleh Alien.





2. Brazil
Pertemuan dengan Alien di Brazil dilaporkan kerana beberapa kejadian aneh yang berlaku, iaitu kisah Chupacabre. Pertemuan dengan Alien ini sering berakhir dengan seseorang yang mendapat luka serius. Kejadian ini sering dikatakan sebagai serangan Colares UFO, iaitu mangsa diserang dengan sinar laser yang kuat yang menyebabkan kesan lukaakar terb. 

Mungkin yang paling unik adalah sikap pemerintah Brazil dan angkatan bersenjata mereka yang terpaksa menganggap serius tentang kemunculan UFO. Seolah-olah mereka tahu alien memiliki beberapa tujuan yang tidak baik.




3. Rusia
Pada tahun 2009, Angkatan Laut Rusia mengeluarkan sebuah fail tentang UFO, yang mengungkapkan serangkaian pertemuan dengan UFO dari era Kesatuan Soviet. Fail tersebut menceritakan bagaimana kapal selam rusia mengekori sebuah UFO, lalu UFO itu menyelam ke atas permukaan air dan akhirnya terbang ke langit.
 

Salah satu cerita paling luar biasa diperoleh daripada fail Angkatan Laut tersebut menceritakan tentang pertemuan dengan alien di Tasik Baikal, tasik air tawar yang terbesar dan terdalam di dunia, pada tahun 1982. 



4. China
China (dan daerah otonomi Tibet) memiliki sejarah yang panjang berkaitan tentang kehidupan alien, dengan beberapa kejadian kemunculannya sejak ribuan tahun. Mitos kuno yang bercerita tentang mesin yang terbang (kadang-kadang disebut sebagai mutiara dari langit), kadang-kadang dibuat oleh manusia, tetapi lebih sering dikaitkan dengan para dewa.
 

Beberapa pengamat UFO, khususnya Hartwig Hausdorf, berspekulasi bahawa banyak kisah dalam mitologi China tentang naga yang sebenarnya merujuk kepada mahluk Ekstraterrestrial.  


 
5. Kanada
Banyak kejadian di negara ini, mulai dari sesuatu yang aneh menghilang di hutan atau lingkaran tanaman yang aneh. Stefan Micholak, mendakwa dia mendapat kesan luka terbakar oleh knalpot reaktor UFO pada tahun 1967. 

Hal yang paling terkenal di Kanada adalah Insiden Shag Harbour di Nova Scotia, iaitu penemuan objek tak dikenali jatuh di perairan tersebut.

 

6. Jerman
Beberapa kemunculan UFO yang paling awal terjadi pada perang dunia ke-II. Semua juruterbang angkatan tentera Jerman ketika itu mendakwa didatangi oleh kemunculan pesawat-pesawat tempur yang aneh. Desas-desusnya adalah, Nazi mempunyai projek rahsia dalam penciptaan pesawat tempur, walaupun tak diketahui bukti kebenarannya.

 

7. Perancis
Pada tahun 2007 pemerintah Perancis membuat keputusan yang belum pernah dilakukan sebelumnya, iaitu menyusun semua fail UFO dari masa lalu hingga kini. Mereka berharap bahawa ufologi akan dapat memberikan penjelasan yang tidak dapat mereka jelaskan sebelumnya.



sumber: http://www.apakabardunia.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.