Skip to main content

Petua Tradisional Menghilangkan Ketiak Hitam dan Berkarat





Isu ketiak basah dan hitam memang menjadi konflik kebiasaan untuk golongan muda baik perempuan mahupun lelaki. Namun, masalah ketiak hitam ini dikatakan lebih kerap membelenggu golongan gadis dan jumlah sangat sikit kepada golongan lelaki.Terdapat beberapa cara mudah untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut langkah secara tradisional.



1. Limau + kapur sirih

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.


2. Buah betik

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


3. Sirih + beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.


sumber: harian metro

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.