Skip to main content

Mengenali Apa Itu Fenomena Gwiyomi, juga Perbandingan Dengan MV Terbaru PSY's Gentleman





Dulu demam Gangnam Style, kemudian Harlem Shake dan terbaru, Gwiyomi. Ia merupakan satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara-negara Asia antaranya di Thailand, Filipina, Singapura dan tidak terkecuali Malaysia.Habis semua orang mahu merakam aksi mereka ber’gwiyomi’ di Internet. Bukan hanya kalangan comel, tetapi ramai juga perasan comel turut sama memuatkan video mereka.


Memang hebat penangan Korea, bukan hanya drama dan filem yang membuai jiwa serta lagu dan tarinya yang mencetus fenomena, malahan dalam pelbagai aspek lain lagi antaranya ekonomi dan pelancongan.

Gelombang gwiyomi bermula di Korea, kemudian ke seluruh dunia dan tiba pula di negara kita.


Bagi yang tidak tahu dan tidak kenal video gwiyomi, berikut beberapa fakta ringkas mengenai Gwiyomi:
  • Gwiyomi bermaksud comel.  
  • Gwiyomi adalah lagu yang dipopularkan penyanyi K-Pop, bernama Hari pada tahun lalu.
  • Kemudian anggota kumpulan BTOB (Born To Beat), Jung Ilhoon menghasilkan gerakan tangan diilhamkan dari lagu Gwiyomi yang bermaksud comel.
  • Gerakan itu dipanggil ‘Gwiyomi Player’ dan ia adalah pergerakan tangan sambil mengira nombor dalam gaya comel.



Gwiyomi vs. PSY's Gentleman:

Sejak Psy melancarkan video terbarunya baru-baru ini, rata-rata 200 juta yang menontonnya puji melangit, tetapi waktu sama menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak hingga ia diharamkan di Korea.

Dalam artikel Psy’s Pornographic Hallyu, Are You Proud of It? yang ditulis seorang profesor, Jung Hee Jun dan dimuatkan dalam pressian.com mengatakan, beberapa babak dalam klip itu disifatkan lucah dan menggalakkan vandalisme.

Klip itu bukan saja paparkan hubungan lelaki dan wanita secara tidak beradab, tetapi turut menjadikan mereka sebagai objek seksual. Klip itu disifatkan sangat memalukan untuk ditonton bersama keluarga.


Nampaknya Psy yang berstatus suami dan bapa seorang anak tak peduli dengan reaksi mereka walaupun rata-rata peminat tegarnya.

Jika tidak peka dengan sensitiviti orang lain seperti meminta maaf, mungkin Gentleman tidak akan mengulangi fenomena Gangnam Style, sebaliknya Gentleman bertukar menjadi jahanam.

Berbeza dengan Gwiyomi, ia sekadar hiburan kerana tarikan susunan lagu dan pergerakan comel dan ringkas dilakukan artis Korea.


Cara-cara untuk Membuat Gerakan Gwiyomi:



sumber; harian metro, www.funnymalaysia.net

Comments

  1. Salah info la..
    Ilhoon BtoB yang buat gerakan tu dulu dalam reality show BtoB iaitu Btob MTV's Diary.
    Lepas tu Hari create lagu Gwiyomi berinspirasikan gerakan tangan yang dicipta Ilhoon~

    ReplyDelete
  2. tar apa lagi deman tari apalagi ya yang heboh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”