Iran ketika ini sedang menghadapi bencana gempa bumi yang telah mengorbankan lebih daripada 250 orang, namun ironinya, tak langsung dipedulikan oleh sesiapa pun. Media dunia lebih menjurus ke arah kejadian letupan bom di Boston, Amerika Syarikat yang setakat ini hanya mengorbankan 3 orang sahaja. Bukan setakat itu sahaja, belum apa-apa lagi, orang Islam pula yang dituduh mendalangi kejadian ini, walaupun tanpa bukti, seperti petikan berita di bawah ini yang...tersangatlah kurang ajar!
Tidak lama selepas berlakunya tragedi 2 letupan di Boston, Amerika Syarikat, media sayap kanan, milik jaringan Zionis Fox News, menyeru supaya semua orang Islam di Amerika Syarikat dibunuh. Erik Rush, seorang penganalisis di Fox News, menyeru seluruh orang Islam dibunuh, dan ini merupakan sebuah kenyataan yang sangat kurang ajar yang dipost melalui Twitter.
Erik Rush, penganalisis dan pengulas di Fox News, nampaknya menyalah dan menuduh ekstremis Islam sebagai dalang disebalik letupan ketika berlangsungnya pesta marathon di Boston. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya tiga orang awam, dan lebih 100 orang mengalami kecederaan.
Pengguna Twitter lainnya bertanya, "Apakah yang melakukannya sudah pasti muslim?" - Kemudian, Rush menjawab: "Ya, mereka jahat. Mari kita bunuh mereka semua.." Kemudian, Rush menyatakan melalui tweet-nya yang menggunakan kata yang sangat "sarkastik", namun dia telah menghapus kenyataan itu tidak lama kemudian.
Tweet tersebut menarik banyak maklum balas daripada pengguna Twitter yang kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah. Rush menerima banyak kritikan dengan serangkaian maklum balas daripada pengguna tweeter lainnya.
Letupan bom di Boston menarik perhatian media antarabangsa. Insiden itu memenuhi halaman depan surat khabar. The Daily Telegraph memilih judul "Bom Pembunuhan Ketika Maraton", sementara The Sun memilih judul, "Marathon Pembunuhan". Pihak berkuasa di Amerika Syarikat menggambarkan insiden itu sebagai satu tindakan pengganas. Meskipun belum mengenal pasti siapa dalang di sebalik letupan itu, Presiden Obama berjanji bahawa mereka yang terlibat dalam pemboman itu "akan merasa hukuman yang berat dan setimpal", ujarnya..
sumber: http://www.independent.co.uk, http://www.heavy.com/news, mybabah.com
mmg la kan,nmpk sngt propaganda org kafir,baru 2 org mati dh gempa satu dunia,berita yg kat iran tuh?aku pon x penah dengar lagih berita gempa bumi kat iran....
ReplyDeletehuh dasar !!! selalu saja islam yang disalahkan.. itu mungkin sabotase !!! Muslim kan cinta damai...Terkecuali jika orang kafir yang mengajak berperang duluan..
ReplyDeletemasalahnya pembunuh tu bukan org islam.. bukan org arab.. tapi org russia... siapa suruh kau buat jahat kat negara org .. dan buat huru hara??
ReplyDeleteskrg kau mcm takot kepada bayang2 sendiri..