Skip to main content

6 Negara Yang Pengemisnya Berpendapatan Tinggi





Siapa yang menyangka bahawa pendapatan seorang pengemis boleh melebihi pendapatan seorang yang bekerja. Banyak cara digunakan oleh mereka seperti berpenampilan lusuh, menggunakan bantuan haiwan, anak kecil, bahkan sehingga menggunakan penyakit yang dideritanya sendiri, seperti cacat fizikal.



1. AMERIKA SYARIKAT

Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.

Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai 'pengemis kaya' dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dari mengemis. Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30 - $50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300 - $800 (sekitar RM900 - RM2400).



2. AUSTRALIA

Di Sydney pekerjaan mengemis dilakukan oleh kaum 'homeless' atau mereka yang merempat. Seorang pengemis hanya perlu duduk selama 16 jam setiap hari sambil menadahkan tangannya di kawasan orang ramai di daerah George and Market Sydney CBD dan mereka boleh mengumpul wang sebanyak $400 sehari atau setara RM1,200.

Mereka memiliki pendapatan paling kurang $175 sehari. Pengemis disana menyimpan wang merea di bank seminggu sekali.




3. CHINA

Mengemis di sana bukan lagi satu cara untuk mendapatkan makanan atau meneruskan kelangsungan hidup, tetapi sudah menjadi pekerjaan rutin setiap hari. Sebuah survey dilakukan di China, sekurang-kurangnya terdapat 800 orang pengemis di Guangzhou sahaja. Biasanya pengemis di sana melakukan pekerjaan itu kerana kecacatan atau penyakit yang dideritanya.

Pendapatan harian mereka secara purata sebanyak 20 hingga 100 yuan, atau setara dengan RM10 hingga RM47 sehari.



4. ARAB

Arab merupakan salah satu negara yang sudah maju. Kebiasaannya pengemis-pengemis di sana memanfaatkan masa orang ramai datang ke masjid untuk solat. Seorang pengemis lelaki mengatakan biasanya dia meninggalkan isteri dan anak perempuannya di depan masjid untuk meminta sedekah. Dalam sehari dia boleh mengumpulkan wang sebanyak 300 riyal, atau RM252. Bahkan ada seorang pengemis yang tertangkap dan didapati menyimpan wang sebanyak $19,300 iaitu lebih kurang RM16,227!!!




5. RUSIA

Di Moscow, beberapa tempat perlindungan dan hospital adalah tempat bagi para pengemis. Pengemis-pengemis di sana biasanya mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun pendatang asing.

Lebih dari separuh golongan pengemis di sana berusia 45 tahun. Rata-rata pengemis di sana mendapat 200-300 rubles setiap jam. Ini bermakna dalam sehari mereka dapat mengumpulkan wang sebanyak 2000-3000 rubles (sekiranya bekerja 10 jam sehari). Pendapatan sebulan mereka boleh mencapai 80,000 rubles, atau setara dengan RM8,037!!



6. MOROCCO

Seorang pengemis wanita berusia 63 tahun mempunyai sejumlah 320,000 dirham dalam akaun banknya, atau setara dengan RM119,767. Dia juga mempunyai perhiasan dan rumah yang cantik.


Hasil kajian yang dijalankan, 62.4% pengemis di sana adalah pengemis2 profesional. Mereka dapat mengumpulkan sekitar 200 dirham atau RM74.80 sehari. Purata pengemis di sana mendapat 6000 dirham (RM2,245) sebulan.


sumber: gempak.org



Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”