Skip to main content

Sungai Cheonggyecheon (Seoul), Sungai Yang Indah Ini Dahulunya Kotor dan Tercemar





Bagi sesiapa yang rajin menonton drama atau filem-filem Korea (atau drama Malaysia Awan Dania), pasti akan perasan dengan kewujudan sebatang sungai yang indah mengalir di tengah-tengah bandaraya Seoul, Korea Selatan. Nama sungai itu ialah Sungai Cheonggyecheon. Namun tak ramai yang tahu bahawa sungai ini sebenarnya suatu ketika dulu adalah sangat kotor dengan tahap pencemaran melebihi sungai Klang di Kuala Lumpur.


Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan dan luar negara. Cheonggyecheon benar-benar menawarkan daya tarikan tersendiri.

Suasananya cukup tenang walau di atasnya berlalu-lalang beragam kenderaan bermotor. Sisi kiri dan kanan sungai itu disediakan laluan khas untuk pejalan kaki, sehingga mereka dapat merasakan secara langsung kesejukan udara sekaligus mendengarkan aliran air yang menyegarkan.

Walaupun tidak boleh diminum, namun air di sungai ini sangat jernih.


Sejarah Ringkas:
  • Sungai sepanjang hampir 6 km ini dahulunya sangat kotor, bahkan pernah menjadi jamban dan tempat membuang sampah bagi kebanyakan orang. Menurut laman pemerintah Seoul, setelah Perang Korea (1950-1953), Cheonggyecheon menjadi lokasi penempatan kaum pendatang yang ingin mengadu nasib di ibukota.
  • Pada dekad 1970-an, Cheonggyecheon berubah fungsi menjadi salah satu simbol "modernisasi" Korea Selatan. Sungai itu dipenuhi banyak tiang konkrit untuk pembangunan jalan bertingkat. Pelbagai pencemaran berlaku sehinggakan air sungai itu tidak dapat mengalir.
  • Namun, pada 2003, datuk bandar Seoul ketika itu, Lee Myung-bak melakukan perubahan revolusioner. Lee, yang kini adalah bekas presiden Korea Selatan berkat visinya yang mesra alam, ingin Cheonggyecheon kembali kepada statusnya semula sebagai anak sungai yang mengalir di pusat bandaraya.
  • Jalan-jalan bertingkat di atas sungai itu diruntuhkan, begitu pula dengan tiang konkrit dan konkrit penghadangnya. Maka, dua tahun kemudian, Cheonggyecheon "lahir kembali" sebagai sungai yang indah dan kini menjadi salah satu kebanggaan warga Seoul sebagai ibukota moden yang turut memberi perhatian terhadap kelestarian alam sekitar.
  • Menurut keterangan pemerintah Seoul, kelahiran kembali sungai itu bahkan turut menurunkan tahap pencemaran udara dan kian menyejukkan udara di tengah bandarayanya.


Berikut gambar-gambar sungai Cheonggyecheon ketika masih kotor dan tercemar:





Ini pula gambar-gambar sungai Cheonggyecheon setelah dibersih dan diperindahkan:







Mesti cool dan menarik kalau sungai Klang dekat KL dibuat seperti ini, kan?


sumber: http://opini-terbengkalai.blogspot.com/




Comments

  1. Mungkinkah sg Klang dan sg Gombak boleh berubah menjadi begini? Bukan spt sg segget di JB yg akhirnya di timbus!

    ReplyDelete
  2. Wow..memang menarik! kan bagus klau sungai2 d kota yg ada kat malaysia ni pun kena modify mcm ni..boleh juga menjadi tarikan pelancong..

    ReplyDelete
  3. saya siap rendam kaki lagi dalam sungai ni..airnya sejuk macam ais..kebas2 kaki pun hilang..orang korea kata sungai ni sungai terapi..

    ReplyDelete
  4. melaka contoh yang berjaya

    ReplyDelete
  5. Gambar - gambar sungai yang lama tu tipu jer... itu gambar kat negeri lain. Cuaca Korea tu sangat sejuk masa musim sejuk, saya dah pergi melawat sungai tu last winter, sungai tu beku habis. Tak mungkin rumah-rumah yg dlm gambar lama tu bole menahan cuaca sesejuk Korea.

    ReplyDelete
  6. hebat tuh presiden bisa merubah keadaan

    ReplyDelete
  7. sungguh perbedaan yang sangat jauh sekali dengan yg sekarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”