Monday, February 25, 2013

Senarai Lengkap Manifesto Pakatan Rakyat Untuk PRU ke-13





Jarang sekali Billy Info cover story pasal politik...tapi sekali sekala tak salahkan? Semua orang rasanya tengah tak sabar menunggu tarikh PRU ke-13, semakin dekat dengan pilihanraya, semakin banyak isu yang dimainkan..kata-mengata, caci mencaci, tuduhan itu, tuduhan ini..sehingga kadang-kadang terfikir, pihak yang mana satu betoi ni?


Kita tinggalkan dulu persoalan di atas, hari ini Pakatan Rakyat telah mengeluarkan manifesto mereka untuk pilihanraya kali ini...apa yang menarik dalam manifesto ini? Sama-sama kita lihat...









Berikut empat teras utama manifesto Pakatan Rakyat :-

1) Rakyat Bersaudara

- Menghapus diskriminasi
- Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas
- Merangkum semua aliran pendidikan
- Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963
- Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara
- Kehormatan amalan agama

2) Ekonomi Rakyat

- 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat
- Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minimum
- 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah
- Reformasi pendidikan merangsang ekonomi
- Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan
- IKS dan inovasi teras ekonomi negara
- Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan
- Ekonomi lestari
- Membela ekonomi dan kebajikan prajurit
- Memberdayakan usahawan teksi
- Pelaburan R&D mencecah 5 peratus dari KDNK
- Pengangkutan awam nadi ekonomi negara
- Memecah monopoli merancakkan persaingan

3) Kesejahteraan rakyat
- Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli
- Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat
- Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua
- Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
- Hapus AES, batal saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Keselamatan rakyat
- Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin
- Membina jaringan keselamatan sosial rakyat

4) Kerajaan rakyat
- Reformasi institusi Islam dan keagamaan
- Pakej pengajian dan perkhidmatan baru penjawat awam
- Pilihan raya yang bersih, adil dan telus
- Reformasi institusi kehakiman, Pejabat Peguam Negara, SPRM dan PDRM
- Reformasi Parlimen
- Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media
- Memansuhkan Auku dan menjamin kebebasan akademik
- Memansuhkan semua undang-undang antirakyat
- Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN)


sumber: sinar harian


Entri-Entri Berkaitan.....

8 comments:

  1. FUCKKKKKK!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Pencacai politik ke billy skrg ni..pegi mampos le kooo..konpem lepas ni aku masuk entry lain..setakat nk ckp politik pegi bagitau nenek n opah ko le bingaiii

    ReplyDelete
  3. Ala .. tu kan Manifesto jer. tak semesti janji di tunaikan

    ReplyDelete
  4. Rilek mr billy..biar je puak tu meroyan pd kamu..blog anda sendiri dn tulis lah mngikut naluri anda..hak anda untuk menulis politik tentang BN ataupun PR..cuma lihat sendri di facebook page mna yg lebih ramai likers..

    ReplyDelete
  5. all the festos are too good to be true.."good luck"..

    ReplyDelete
  6. im tired of our government bullshit lets vote for a change.

    ReplyDelete
  7. Eh ko ni knp meroyan plk..setakat post pasal manifesto pun kira pncacai ke..bongok la ko ni..otak sempit..blahla ko..klu x suka apasal ko bc jgk siap komen lg..apa la..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails