Skip to main content

Aneh! Lebah Hasilkan Madu Berwarna Biru





Pernahkah anda melihat madu berwarna biru, hijau atau malah terlihat seperti coklat cair? Warna madu yang lain daripada yang lain ini bukanlah madu yang berasal dari dunia dongeng di negeri khayalan, namun ia benar-benar wujud di dunia nyata.

Laman web National Geographic baru-baru ini menyiarkan berita mengenai penternak lebah di Timur Laut  Perancis mulai menemui keanehan pada sarang-sarang lebah di ladang mereka.

Para peternak lebah menemui sarang-sarang lebah yang dipenuhi madu yang berubah warnanya menjadi berwarna biru dan hijau.

Melihat perkara aneh yang terjadi maka para penternak lebah di bandar Ribeauville, Perancis, melakukan penyelidikan dan akhirnya mereka menemui punca permasalahan tersebut.

Selepas mengumpulkan nektar dari bunga, lebah-lebah di situ turut memakan sisa-sisa pembalut gula-gula M&M yang sedang diproses oleh kilang pemproses sampah biogas. Kilang pengolahan biogas tersebut berjarak sekitar 4 kilometer dari lokasi penternakan lebah.

Mengetahui berpalingnya lebah-lebah kekilang  tersebut, pihak kilang akhirnya segera membersihkan setiap pintu masuk penampungan atau kontainer yang tidak tertutup di mana cecair gula-gula M&M disimpan.

Selain itu untuk menghindari kejadian tersebut daripada berulang, penyimpanan cecair akan direlokasi di ruang tertutup. Ini disebabkan permasalahan perubahan warna pada madu adalah berita buruk bagi peternak setempat.

Di Perancis madu berwarna aneh tidak boleh dijual, kerana negara tersebut memiliki standard khas yang memantau kualiti madu yang dihasilkan.

Sumber madu pula haruslah berasal dari nektar, selain daripada sumber ini, madu tidak diperkenankan untuk dijual.




Kejadian madu berwarna aneh boleh saja menjadi hal pelik bagi kebanyakan orang, tetapi kenyatannya keterangan di atas kejadian ini telah dinyatakan oleh Al-Qur’an sejak 14 abad yang lalu lagi. Bahkan Ibnu Katsir mengungkapkan dengan tegas kaitan antara warna madu dan makanan lebah.

Dalam surah An-Nahl ayat 69 disebutkan,
“…Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang-orang yang memikirkan.”

Menurut Ibnu Katsir maksud, “Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya,” madunya itu berwarna putih, kuning, merah, dan warna lainnya sesuai dengan warna makanannya. Subhanallah…

 
sumber: http://www.atjehcyber.net

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”