Skip to main content

Keadaan Terbaru Ariel Sharon Selepas Koma 7 Tahun - Balasan Nyata Daripada Tuhan?





Siapa yang tak kenal Ariel Sharon, bekas perdana menteri Israel yang kejam terhadap umat Islam Palestin ini? Dia pernah berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Dan hingga kini masih belum mati pulih - balasan nyata daripada Allah terhadap kekejaman yang dilakukannya.


Keadaan terkini:

Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar, mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.


Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.
 

Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa.

“Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.

“Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan,” kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.

Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.


Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.

Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.

Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon.

 
 sumber: berita harian


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bukan kedie ni da mati? Blom eh? Huhu

    ReplyDelete
  3. photoshop atau x padam muke die.. hahaha... kalu x mati lg biar diseksa lg..hehe

    ReplyDelete
  4. janji allah itu pasti...

    ReplyDelete
  5. Harap harap rakyatnya pun matilah...hahahhaa...ambik kau SYAITAN ! jahanam dh kau...

    ReplyDelete
  6. Namanya juga kaum laknat,tetap aja hatinya ga bakal terbuka lihat azab kaya gitu...auzubilla minjalik

    ReplyDelete
  7. telah ditunjukan kepadamu (kaum dzalim ) atas adzab yang tuhan janjikan

    ReplyDelete
  8. inilah balasan nyata dari alloh swt,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.