Skip to main content

Masjidil Nabawi Dan Makam Nabi Muhammad Akan Dihancurkan Oleh Kerajaan Arab Saudi





Makam Nabi Muhammad di Masjidil Nabawi, Madinah rencananya akan dihancurkan oleh pemerintah Kerajaan Arab Saudi, seperti dipetik daripada laman Fars News Agency, pada Isnin (29/10) lalu.

Masjidil Nabawi di Madinah

Pemerintah Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan tempat-tempat bersejarah Islam, termasuk Masjidil Nabawi menggunakan buldoser, termasuk di dalamnya adalah 3 masjid tertua di dunia. Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mengembangkan projek pembesaran bernilai berbillion ringgit.

Projek penghancuran Masjid Nabawi dijangka akan dimulakan pada bulan depan selepas musim Haji berakhir. Di lokasi bersejarah tersebut, kerajaan Arab Saudi akan membangun kompleks terbesar di dunia yang mampu menampung 1.6 juta orang pada satu-satu masa. Raja Arab Saudi Raja Abdullah yang enggan mengekalkan warisan arkeologi paling suci bagi dunia Islam tersebut sudah mendorong kemarahan umat Islam.

Pengembangan Masjidil Nabawi ini akan dimulakan dibahagian barat masjid. Di bahagian ini, terdapat makam dua Khalifah yang juga merupakan sahabat Nabi, iaitu Khalifah Umar dan Khalifah Abu Bakar.

Pintu makam Nabi Muhammad

Pada tahun 2007, Kementerian Urusan Islam Kerajaan Arab Saudi menerbitkan risalah mengenai rencana penghancuran Masjidil Nabawi yang disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh. Risalah tersebut menyiarkan rancangan penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdulaziz al-Sheikh.

“Diamnya kaum Muslimin atas penghancuran Makkah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar,” kata Irfan al-Alawi dari Yayasan Pemeliharaan Warisan Islam. Irfan al-Alawi sudah menghabiskan 10 tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.

“Filem tentang Nabi Muhammad baru-baru ini sudah menyebabkan protes dari seluruh dunia…namun penghancuran tempat kelahiran Nabi, di mana baginda berdoa dan mendirikan Islam justeru dibiarkan hancur tanpa kritikan,” dia menambah.

sumber: Fars News Agency



Comments

  1. apa dah jadi nih..kalau org Islam sendiri dah x nak jaga......inilah dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  2. Ya allah....apa nk jadi dh nie....

    Hanya mampu berdoa sekalian semua yg mmbaca yer

    ReplyDelete
  3. Ya allah....apa nk jadi dh nie....

    Hanya mampu berdoa sekalian semua yg mmbaca yer

    ReplyDelete
  4. Astagfirulloh,, islam di hacurkan oleh dirinya umat islam itu sendiri, astagpirulloh..

    ReplyDelete
  5. hmm wahabi wahabi..

    ReplyDelete
  6. satu cara racun minda umat islam...

    ReplyDelete
  7. siasat dulu laporan mana diambil..laporan tu diambil dari Fars New Agency yg diambil sumber dari media Iran(syiah) utk memburukkan dan memfitnah arab saudi.

    http://arrahmah.com/read/2012/10/31/24380-media-iran-lancarkan-fitnah-makam-nabi-muhammad-saw-akan-dihancurkan-oleh-arab-saudi.html#

    ReplyDelete
  8. Fars New Agency adalah media dari Iran

    http://en.wikipedia.org/wiki/Fars_News_Agency

    umum tahu bahawa syiah (iran) amat memusuhi kerajaan arab saudi..yg dilabelnya sbg wahabi...

    sebelum ni pun media iran memutar belit kenyataan presiden baru mesir (mursi) yg katanya mursi menyokong kerajaan syria bashar - sejurus kemengan mursi sbg presiden...padahal kenyataan sebenar presiden mursi adalah beliau menentang bashar dan menggesa bashar berundur...

    hati2lah fitnah dan propaganda syiah iran

    ReplyDelete
  9. korang igt lagi satu hadis nabi. aku x igt, lebih kurang mcm ni la. seorang raja saudi bernama binatang iaitu fadh@ harimau kumbang akan diganti dgn raja abdullah. celakalah sapa yg mengikuti raja abdullah ni... raja abdullah skrg kan raja arab saudi...

    ReplyDelete
  10. janganlah terpancing dengan cerita yang akan mengadu domba umat islam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.