Skip to main content

Kahwin Cara Terbaik Untuk Berjimat





Langkah untuk berkahwin mungkin cara terbaik untuk menyimpan duit kerana pasangan yang mendirikan rumah tangga pada umumnya menggalakkan sikap berkorban dan tabiat menabung daripada berbelanja untuk suka-suka. 


Satu kajian terbaru di Britain mendapati, mereka yang menjalin hubungan secara dasarnya akan mempunyai sekurang-kurangnya £68 (RM337) sebulan atau hampir £800 (RM4,000) setahun.

Pasangan suami isteri juga biasanya mempunyai sasaran bersama seperti menyimpan wang untuk membeli rumah, untuk membiayai kehidupan berkeluarga atau bertujuan untuk tabungan menjadikan cara berbelanja juga terkawal.

Kira-kira 57 peratus daripada setiap pasangan mengakui bahawa suami atau isteri mereka memainkan peranan, termasuk berleter, untuk menggalakkan mereka menabung, menurut kajian Pelaburan dan Tabungan Kebangsaan.

“Adalah sesuatu yang baik melihat mereka yang mempunyai hubungan saling memberi motivasi kepada pasangan supaya menyimpan sejumlah wang,” kata pengarah institusi terbabit, John Prout yang dipetik The Daily Mail.

Bagi sebilangan orang, pengaruh pasangan mereka memberi kesan besar. Ia berdasarkan kajian bahawa seorang setiap lima orang menyimpan sekurang-kurangnya £200 (RM1,000) atau lebih setiap bulan menjadikan angka keseluruhan simpanan £2,400 (RM12,000) setahun.

Malah, kebanyakan lelaki yang boros berbelanja untuk membeli kereta atau berhibur di waktu malam, akan lebih merasa tertekan bagi menabung sebaik saja mereka menemui pasangan hidup.

Lelaki akan menabung secara purata £85 (RM420) atau lebih setiap bulan berikutan pengaruh pasangan mereka berbanding £50 (RM250) bagi wanita. Bagi lelaki muda berusia dalam lingkungan usia 25 hingga 34 tahun, mereka lebih terpengaruh oleh pasangan masing-masing dengan menabung sekurang-kurangnya £100 (RM500) lebih setiap bulan.

Kajian juga mendapati bahawa bagi sesetengah wanita, mereka akan lebih banyak menyimpan apabila mendapati pasangan lelaki mereka gemar untuk boros berbelanja.

sumber: berita harian

Comments

  1. tp kawin awl ni msti mulut orng kg dok potpet2..

    ReplyDelete
  2. klu x ready baik jgn kwin dulu...klu kwin x ready lebih bnyk kesan buruk dari kebaikan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.