Skip to main content

Harisu, Artis Pondan Terkenal dari Korea Selatan Pernah Berlakon di Malaysia





Harisu adalah selebriti terkenal Korea pertama yang melakukan pembedahan menukar jantina. Dia yang lahir dengan nama Lee Kyung Yeop memutuskan untuk menjalani pembedahan pertukaran jantina pada tahun 1995  kerana tertekan dengan pandangan umum.



Lahir 17 Februari 1975, Harisu menjalani hidup sebagai lelaki dan belajar di sekolah rendah dan menengah khas untuk lelaki. Namun ketika itu orang-orang di sekitarnya sudah menyedari bahawa dia lebih cenderung ke arah perwatakan sebagai wanita

"Saya selalu menjadi kanak-kanak yang lebih gemar bermain dengan anak patung," ujar Harisu 


Suatu hari, Harisu jatuh cinta dengan seorang lelaki. Namun kerana lelaki yang bercinta dengan lelaki lain sukar diterima masyarakat ketika itu, kedua-duanya memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan. Sejak itu, Harisu ingin sepenuhnya menjadi perempuan.

Harisu kemudian menjalani pembedahan pertukaran jantina pada 1995. Dilanjutkan melalui pembedahan payudara, hidung, dan pinggul di Korea dan Jepun sekitar tahun 1998.




Keputusannya itu pernah ditentang keluarganya. Hubungan dengan ibu bapanya menjadi renggang. Ayah Harisu tidak boleh menerima kenyataan anak lelakinya berubah menjadi seorang perempuan. Namun lama kelamaan hakikat itu berubah apabila ayahnya mula berlembut hati.

Sehingga sekarang ini Harisu adalah orang kedua di Korea yang secara rasmi mengubah jantinanya. Status jantina Harisu diputuskan secara rasminya sebagai seorang wanita pada 13 Disember 2002 lalu melalui mahkamah Incheon. Nama asalnya Lee Kyung Yeop diubah menjadi nama perempuan Lee Kyung Eun.


Harisu terkenal di dunia nyanyian pada tahun 2001 dan menerbitkan 5 album. Selain itu dia juga terkenal sebagai seorang pelakon.




 Harisu berkahwin dengan Micky Jung pada tahun 2007




Pada tahun 2006, beliau pernah berlakon di Malaysia bersama Amber Chia (model terkenal Malaysia) dalam filem berjudul " Posession"

Beliau sekali lagi kembali ke Malaysia pada 2011 untuk berlakon dalam sebuah filem seram bertajuk " The Hunter" bergandingan dengan Carmen Soo, Sharifah Amani, Cindy Chen, Smythe Wong, Koe Yeet, Lou Qi, Tavani Hu dan Wayne Thong.


 source: http://absoluterevo.wordpress.com, http://kpoppworlds.wordpress.com


Comments

  1. Kalau di tgk btl2 muka di ade jgk mcm lelaki lg.. muka masam jer.

    ReplyDelete
  2. x mcm transgender thai, muka dy ni still mcm lelaki lar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.