Skip to main content

Rahsia Kejayaan: Mesut Oezil Membaca Ayat-Ayat Al-Quran Sebelum Bertanding





Mesut Oezil boleh dikatakan kini sedang menikmati masa-masa indah dalam kariernya sebagai pemain bola sepak dalam 2 tahun terakhir ini. Jika ada yang jadi sumber “kekuatan” Oezil saat ini, kemungkinan itu adalah kerana dirinya kerap membaca ayat-ayat Al-Quran sebelum bertanding.


Nama Oezil mulai terkenal ketika tampil memukau di Piala Dunia 2010 bersama Jerman. Pada penampilan perdananya bersama negaranya pada perlawanan antarabangsa, Oezil menunjukkan kemampuan handalnya sebagai playmaker dan meskipun tidak berjaya membawa Der Panzer sebagai juara, tetapi permainannya mengkagumkan ramai pihak.

Penampilan tersebut membawa Oezil ke kelab raksasa Sepanyol, Real Madrid. Di kelab tersebut kemampuan Oezil kian terserlah dan pada musim pertamanya dia tampil sebanyak 53 kali, mencetak 10 gol dan 25 assist.

Pada musim keduanya atau tahun ini Oezil tampil lebih kemas. Meskipun statistiknya sedikit menurun di mana dia mencetak tujuh gol dan 24 assist dari 52 perlawanan, tetapi berjaya membawa Real Madrid  menjadi juara La Liga sekaligus mengakhiri dominasi Barcelona selama tiga tahun berturut-turut.

Penampilannya bersama Jerman juga hebat di mana pada kelayakan Piala Eropah 2012, Oezil bermain sembilan kali (788 minit) serta menyumbang lima gol serta tujuh assist. ‘Pasukan Panser’ dibawanya lolos dengan rekod sempurna dari 10 pertandingan.

Maka wajar jika pelatih Jerman, Joachim Loew, banyak berharap pada pemain yang lahir pada 15 Oktober 1988 itu, untuk membawa negaranya menjadi juara Euro kali ini. Dengan kreativitinya serta kemampuannya mengatur permainan, Oezil diramalkan akan bersinar di Poland-Ukrain.


Namun, bukan hanya soal bakat semula jadinya sebagai pemain bola sepak yang membuatkan Oezil bersinar seperti saat ini, sisi spiritual Oezil juga banyak membantu penampilannya di padang.

Ia diakui sendiri oleh Oezil yang tidak pernah lupa membaca Al-Fatihah atau ayat-ayat Al-Quran sebelum bertanding bersama Real Madrid mahupun pasukan kebangsaan Jerman. Maka jangan hairan jika saat tertangkap oleh kamera, Oezil terlihat sedang mengangkat tangan seperti orang yang berdoa.

Oezil memang jadi salah satu dari sekian banyak pemain bola sepak muslim yang berpengkalan di Eropah. Meskipun berkewarganegaraan Jerman, Oezil adalah keturunan Turki di mana kedua orangtuanya adalah pendatang asal negara tersebut.


Seja kecil Oezil selalu dididik dengan didikan agama yang kuat oleh keluarganya dan hasil didikan keluargnya itu melekat kuat dalam diri pemain Werder Bremen itu. Hal itu terlihat ketika di padang, tidak kira sama ada di lorong stadium, luar padang, mahupun di tengah padangn, dia masih sempat berdoa atau membaca surah Al Fatihah atau ayat-ayat Al-Quran sebelum bertanding.

Dalam sebuah wawancara dengan salah satu stesen televisyen Sepanyol, ibu Oezil yang bernama Gulizar Oezil tampak mengenakan jilbab ketika sedang menyiram kebun di halaman rumahnya. Ini sudah menunjukkan betapa Oezil beserta keluarganya sangat berpegang kepada ajaran Islam.


“Al-Quran memberi saya kekuatan untuk bermain lebih baik dalam sebarang perlawanan,” ujar Oezil yang mendapat julukan El Buhoalias burung hantu itu kerana kemampuannya dalam mengirim umpan seperti mata burung hantu yang sentiasa berjaga.

"Saya sentiasa membaca Al-Qur’an sebelum perlawanan. Sekiranya saya tidak membacanya sebelum itu, saya berasa tidak tenteram,” sambungnya.



Di tengah kesibukannya sebagai pemain bola sepak terbaik Eropah, Oezil menunjukkan kita bagaimana menjaga keseimbangan antara karier dengan kehidupan beragama. Kerana sejauh manapun kejayaan yang diperoleh Oezil ketika ini tidak lepas dari anugerah Yang Maha Kuasa.


sumber: https://absoluterevo.wordpress.com, sport.detik.com


Comments

  1. bgus ozil ni pemain yg tidak lupa pada ajaran islam

    ReplyDelete
  2. Perkara ni bukan maklumat baru bagi saya. Tapi ya, saya memang kagum dengan Ozil. Di tengah dunia glamour & kemasyuran yang tak kurang dengan cabaran & dugaan yang maha hebat, dia tetap teguh dengan agamanya.

    ReplyDelete
  3. di tengah kejayaannya,,seorang ppemain dunia mesut ozil tidak lupa akan ajaran yang dia anut (islam)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.