Skip to main content

Mengapa Ayam Berkokok Setiap Pagi?





Mengapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh, bahkan sebelum matahari muncul di ufuk Timur? Pernahkah anda terfikir? Menurut satu kajian yang dilakukan baru-baru ini, ianya ada kaitan dengan jam 'alarm' semulajadi yang dimiliki ayam jantan.


Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam 'dalaman' yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran (siklus) harian.

Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari kegiatan yang dikenali sebagai ritma circadian (circadian rhythm) . Ini adalah ritma biologi pada haiwan, yang mengikuti kitaran siang dan malam.


Ayam jantan mendahului matahari terbit untuk mendahului aktiviti mencari makanan sehari-hari dan juga untuk pertahanan wilayah. Namun, jika satu ayam jantan yang lain memiliki jam dalaman yang telah diatur sedikit lebih awal, ini dapat merangsang ayam jantan lain untuk berkokok lebih awal juga.

Kokokan ayam jantan ketikat matahari terbit sebenarnya adalah suatu cara untuk “membangun kekuasaan” wilayahnya. Ketika ayam berkokok, ia mengirimkan isyarat kepada ayam jantan yang lain bahawa jika melanggar, bererti mereka minta untuk bergaduh.

sumber: http://anehdidunia.blogspot.com

Comments

  1. oohh. circadian rhythm.. stu ilmu utk hari ni :)

    ReplyDelete
  2. owhh..kirim isyarat rupanya..
    patut r confident je berkokok pagi2..ehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.