Skip to main content

Loji Penapisan Gas Petronas di Kertih Meletup, 2 Maut, 23 Cedera






 Balik saja dari kerja hari ini, Encik Billy menerima banyak kol dan sms daripada keluarga dan rakan-rakan yang bertanya tentang keadaan Encik Billy setelah berita sebuah kilang penapisan gas milik PETRONAS di Kertih meletup tersebar pada petang tadi. Alhamdulillah, Encik Billy ok dan tidak terlibat dalam kejadian ini. Loji tempat Encik Billy bekerja terletak agak jauh dari kawasan kejadian. Syukur, dan terima kasih buat mereka yang mengambil berat. 

mangsa yg cedera parah

Berikut update berita terkini yang dipetik daripada beberapa sumber antaranya utusan, berita harian, mstar, buletin utama serta daripada member2 Encik Billy sendiri.

KERTIH: Dua orang pekerja kontrak maut dan 23 lagi cedera dalam kebakaran di  pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB). Manakala seorang lagi pekerja hanya dikenali sebagai Sheikh Azlan. Sehingga malam tadi, Sheikh Azlan belum ditemui.

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Seramai 23 pekerja cedera dengan sembilan daripada mereka dilaporkan parah kerana melecur teruk. Baki mangsa lain yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan. Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Comments

  1. adli.. aku br nk tanya ang... hbs la.. lti dah x zero... innalillahiwailaihirajiuun

    ReplyDelete
  2. alen,tu ah..lti dh x zero, aku rs bkn affect gpp A je, but the whole umbrella under PGB

    ReplyDelete
  3. sepatutnya jalan raya kat area tu pun kena tutup,buat laluan lain . Terlalu merbahaya kat bawah jalan tu bnyk paip line...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.