Friday, February 10, 2012

Melawat Kilang iPad dan iPhone di China Yang Amat Menyedihkan





Semua orang tahu bahawa gajet terkenal paling popular di dunia iaitu iPhone dan iPad keluaran Apple dikilangkan di China. Ketika anda sedang bermegah dengan gajet mahal milik anda itu, fikirkanlah bahawa ada mereka yang terpaksa bersusah payah bekerja dalam keadaan bahaya dan berisiko yang kemudiannya dijual dengan harga yang 'overpriced'.


Kerja lebih masa yang berlebihan tanpa sehari pun cuti dalam masa seminggu, tinggal bersama dalam asrama sesak dan berdiri begitu lama sehingga kaki mereka membengkak dan mereka hampir-hampir tidak dapat berjalan selepas shift selama 24jam.

Ini adalah kehidupan sesetengah pekerja yang mendakwa mereka tinggal di pusat
pembuatan Apple di China, di mana pembekal peralatan kepada firma itu didakwa secara salah telah melupuskan sisa berbahaya yang tidak dirawat.

Hampir 140 pekerja di kilang itu cedera dua tahun lalu apabila mereka diarah menggunakan bahan kimia beracun untuk membersihkan skrin iPhone - dan dua letupan tahun lalu membunuh empat orang dan mencederakan lebih daripada 75 orang.



Syarikat teknologi gergasi berpangkalan di California itu didakwa telah dimaklumkan tentang keadaan berbahaya dalam kilang Chengdu di barat daya China sebelum letupan itu berlaku namun tidak diendahkan.

Sepanduk dalam loji Chengdu memberi amaran kepada sejumlah 120,000 kakitangannya: '‘Work hard on the job today or work hard to find a job tomorrow’'. Pekerja yang tiba lewat sering terpaksa menulis surat pengakuan.

Laporan akhbar mula panas apabila Apple mengumumkan keuntungan $ 13billion (RM 39 billion) hasil jualan sebanyak $ 46billion (RM 138 billion) pada tahun lalu - tetapi keadaan di kilang-kilang di luar negara milik Apple amatlah menyedihkan.







sumber: dailymail.co.uk

Entri-Entri Berkaitan.....

3 comments:

  1. tersentuh hati bila tengok keadaan pekerja

    ReplyDelete
  2. selalu syarikat2 dr eropah amat menitik beratkan kebajikan pekerja dan tangungjawab sosial. ni kilang ipad tiruan kot..china kan banyak tiruan2 pad ni sebijik pulak tu hehe..

    ReplyDelete
  3. jom boikot Apple demi kesejagatan manusia.. Human Right...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails