Skip to main content

Baju Pengantin Muslimah ala K-Pop Dicipta






Mengambil inspirasi pakaian tradisional Korea Selatan dikenali sebagai Hanbok atau Choson-ot untuk Korea Utara serta kegilaan masyarakat terhadap filem serta drama Korea memberi idea kepada pereka serta pemilik Udaimatunnur, Ismail Abd Rahman.


Dia menghasilkan rekaan pakaian pengantin Korea berkonsepkan Malaysia dengan mengambil ciri-ciri Hanbok seperti gabungan warna ceria merah dan putih berpotongan gaun kembang yang disesuaikan untuk pengantin Muslimah.

Pakaian yang dipersembahkan bersempena Festival Fesyen Islam (IFF) ini mengambil konsep pesona timur dengan gambaran lima gadis jelita yang turun dari gunung Fuji. Menariknya, setiap padanan disertakan perhiasan seperti kipas berbulu serta payung kertas yang unik dan menawan yang menjadi identiti dalam penggayaan wanita Korea.

Potongan gaun kembang dengan juraian pada tangan serta hadapan baju direka mengikut tradisi masyarakat Korea namun Ismail menggabungkan ciri tradisional menerusi jahitan manik bunga sakura menggunakan kristal dan Swarovski bagi menampakkan keindahan busana pengantin. Ikatan pada pinggang seperti tali pinggang besar menggunakan rona merah menjadi pelengkap kepada gaya pengantin k-pop.




sumber: harian metro

Comments

  1. baju pengantin pun k-pop?
    wujud ke k-pop muslimah..
    semakin hilang identiti...

    ReplyDelete
  2. siapa la nak pakai baju camni time kawen..rimas la aku.semua nak kpop!!!dah melayu tu melayu la!!sayang sikit bangsa sendiri...
    tudiaa emo
    -liyana-

    ReplyDelete
  3. e'leh.... gaun pengantin barat bukan main berlambak dekat Malaysia ni, takde pun org nak bising....
    lagipun, biasenyer org pakai gaun mcm ni bile ambil gambar utk album perkahwinan la....
    bukannya nak pakai time bersanding atau nikah...

    ReplyDelete
  4. stju ngn ridz..bju pngntin skunk pn bkn nye mlyu cgt..nk mlyu btol cm org dlu..pkai sgket..

    ReplyDelete
  5. Tak patut tak patut...pakai tudung bkn untuk berfesyen.. "Lebih lebih"

    ReplyDelete
  6. Baju pengantin ala "KPOP"? (o.0) mcm "pocong dihiasi bunga" ada lah.. ( =_=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.